Friday, March 22, 2019

Warga emas hilang sejak Khamis ditemui mati dalam parit di Stutong


KUCHING: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak lewat petang Khamis lepas ditemui mati di dalam parit di Jalan Stutong, di sini semalam.

Difahamkan, mangsa, 70, kali terakhir dilihat oleh keluarganya pada jam 6 petang dan terus hilang menyebabkan ahli keluarga terpaksa mencarinya sepanjang malam.

“Mangsa bagaimanapun ditemui oleh keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam parit tersebut dan terus menghubungi polis untuk bantuan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata sumber.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

Sumber:https://www.utusanborneo.com.my/2019/03/23/warga-emas-hilang-sejak-khamis-ditemui-mati-dalam-parit-di-stutong

No comments:

Post a Comment