Saturday, March 9, 2019

Abdullah Saidol menghadiri upacara penyerahan dua projek siap

PROJEK SIAP: Abdullah pada upacara ringkas penyerahan Projek Naiktaraf Jalan Abang Abdul Kadir, Bintangor.

BINTANGOR: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol semalam hadir ke upacara ringkas penyerahan dua projek siap oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada pemimpin kampung dan rumah panjang.
Dua projek itu dilaksanakan di bawah Program Transformasi Desa (RTP) di kawasannya, Dewan Undangan Negeri Semop.
Projek tersebut ialah Naiktaraf Jalan Abang Abdul Kadir dengan kos RM227,758.51, dan Baikpulih Jalan Simen Masuk Ke Kampung Bangkit dengan kos RM145,395.27.
Abdullah turut meminta JKR membuat penilaian awal serta anggaran kos untuk menaiktaraf jalan ke Selidap sepanjang 2.5 kilometer yang mempunyai lima rumah panjang.
Dalam pada itu, tuai rumah dari Selidap dan Sungai Sian berbincang dan menyerahkan beberapa permohonan kepada Abdullah.
Hadir sama, Pegawai Daerah Meradong Baijuri Bidin, Jurutera Bahagian Sarikei Siti Hasmah Mohd Khairi, Pemanca Suhaili Bujang, Penghulu Abas Banyi, Penghulu Rapen Angga, Tuai Rumah Nicholas Abu Seman Thomas, Tuai Rumah Baja Galau, Tuai Rumah Anggi Enggol, Tuai Rumah Michael Rima, Tuai Rumah Lemada Jang, Tuai Rumah Peter Kilas dan Kaunselor Helmy Morshili.'


Sumber:Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment