BETONG: Seorang lelaki nyaris maut apabila lori tangki yang dipandunya hilang kawalan lalu terbalik di Jalan Betong-Sarikei sekitar jam 9.30 pagi, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa, 56 tahun semasa kejadian melalui satu selekoh yang menyebabkan lori tersebut terbabas.
“Lori terbabas ke bahu jalan lalu merempuh kon penghadang jalan yang terletak di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, cuaca semasa kejadian juga adalah baik dan permukaan jalan dilaporkan berpasir serta sedang dalam pembinaan.
“Mangsa yang berasal dari Kampung Krusen Mawang, Serian hanya mengalami kecederaan ringan ,” kata Alexson.
Siasatan lanjut berhubung kemalangan tersebut masih dijalankan di bawah Peraturan Lalu Lintas 1959.
Sumber:https://www.utusanborneo.com.my/2019/03/21/lori-tangki-terbalik-pemandu-nyaris-maut
No comments:
Post a Comment