SIBU: Padah memotong dengan cuai, seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar kereta yang bergerak dari arah bertentangan.
Mangsa, 34, sebagai Mohd Afendy Ling, seorang pekerja kapal maut di tempat kejadian di Jalan Rantau Panjang sekitar jam 7.00 malam Rabu.
Dalam kejadian itu, mangsa menunggang motosikal berseorangan bergerak dari arah bulatan Rantau Panjang dikatakan cuba memotong sebuah motosikal yang datang dari arah sama.
"Ketika memotong telah berlaku pergeselan dengan motosikal yang dinaiki dua remaja menyebabkan motosikal mangsa terbabas dan terjatuh ke lorong bertentangan sebelum dilanggar oleh sebuah kereta yang bergerak dari arah bertentangan," kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, dua remaja tersebut hanya mengalami kecederaan ringgan.
Stanley berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan berpunca daripada mangsa yang memotong secara cuai.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tambahnya.
Sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2019/03/28/penunggang-motosikal-maut-dilanggar-dari-arah-bertentangan
No comments:
Post a Comment