MANCHESTER United hari ini melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap dengan kontrak selama tiga tahun.
Bekas penyerang berasal dari Norway berusia 45 tahun itu tiba di Old Trafford sebagai pengendali sementara pada Disember lalu menggantikan Jose Mourinho.
Solskjaer beraksi selama 11 musim sebagai pemain kelab itu menjaringkan gol kemenangan ketika United muncul pemenang pada final Liga Juara-Juara (UCL) 1999.
"Ini adalah tugas sentiasa saya idamkan dan saya terlalu gembira diberi peluang mengendalikan kelab untuk tempoh yang panjang," kata Solskjaer.
"Sejak hari pertama tiba, saya berasa selesa seperti berada di rumah sendiri.
“Ia menjadi penghormatan menjadi pemain Manchester United apatah lagi memulakan karier saya bersama kelab ini.
"Pengalaman dilalui sejak beberapa bulan lalu begitu menakjubkan."
No comments:
Post a Comment