Thursday, March 21, 2019

Onehead Combined juara keseluruhan Liga Coneli (Veteran) Jemputan 2019


KAMI JUARA: Para pemain Onehead Combined meraikan kemenangan mereka selepas menjuarai Kejohanan Bola Sepak Liga Coneli (Veteran) Jemputan 2019.

MIRI: Pasukan Onehead Combined muncul juara keseluruhan Kejohanan Bola Sepak Liga Coneli (Veteran) Jemputan 2019 anjuran City Sports Miri dan Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri.
Kejohanan yang berlangsung bermula 1 September 2018 dan berakhir 17 Mac lalu disertai kira-kira 16 pasukan dengan menggunakan sistem liga satu pusingan.
Onehead Combined yang dibarisi bekas pemain Ngap Sayot seperti Bobby Pian, Ramos Sari dan Ramles Sari serta rakan sepasukan lain membawa pulang RM4,000, piala dan medal iringan.
Tempat kedua milik pasukan Perdanaku yang menerima RM2,000, piala serta medal, sementara P.S.J.D Brunei di tempat ketiga dan membawa pulang RM1,000, piala dan medal.
Antara keputusan lain ialah Tommy Kambang dari pasukan P.S.J.D Brunei ditabalkan sebagai Pemain Terbaik sementara Penjaring Terbanyak milik Marzuki dari Perdanaku.
Mike James Ugil dari Onehead Combined pula dianugerahkan Pengurus Terbaik, Man Paisan dari OHM FC (Penjaga Gol Terbaik), Onehead Combined (Fair Play) dan Kamal Ringgit (Pemain Paling Senior, 61 tahun).
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Presiden Miri FA Mohamad Saif Jubaidi, Timbalan Presiden Bintulu FA Mehdi Yahya, penaja Popular Champion Sdn Bhd serta penganjur Lee Joon Siong.


Sumber: https://www.utusanborneo.com.my/2019/03/21/onehead-combined-juara-keseluruhan-liga-coneli-veteran-jemputan-2019

No comments:

Post a Comment