Friday, March 8, 2019

Dadah: Lelaki cuba lari dalam serbuan polis berjaya dicekup

DIRAMPAS: Dadah disimpan dalam kotak telefon dirampas polis.

SIBU: Seorang lelaki yang cuba melarikan diri dalam satu serbuan di sebuah rumah kayu berhampiran pangkalan feri Maling, Jalan New Maling, Sungai Bidut kecundang selepas ditahan polis petang kelmarin.
Suspek, 48, warganegara Indonesia ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sibu diketuai oleh Inspektor Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng dalam satu serbuan Ops Tapis sekitar jam 4 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringit berkata, hasil pemeriksaan, polis menjumpai satu kotak telefon yang mengandungi empat peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah yang diletakkan di atas lantai tepi dinding dalam sebuah bilik.
“Dadah tersebut adalah daripada jenis Methamphetamine dianggarkan seberat 5.22 gram,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Stanley berkata, polis turut  menjumpai satu alat penimbang digital dalam kotak tersebut dan satu plastik yang mengandungi peket-peket plastik kosong yang kemudian dirampas.
Suspek kemudian dibawa ke lokap polis untuk tindakan selanjutnya.
“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah,” kata Stanley.
Difahamkan, suspek mengaku terlibat dalam penagihan syabu sejak pertengahan 2018.


Sumber: Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment