Friday, March 8, 2019

12 lelaki dicekup polis ketika asyik sabung ayam

SIBU: Dua belas kaki judi yang sedang asyik menyabung ayam di sebuah kawasan tanah lapang  di tepi Jalan Pulau Kerto dekat sini tidak sempat melarikan diri apabila polis menyerbu dan menahan mereka petang, semalam.
Lelaki berusia 26 hingga 70 tahun itu ditahan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dalam serbuan Ops Dadu pada jam 3.00 petang itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Martin Koo berkata ketika serbuan dilakukan, sekumpulan lelaki sedang  berdiri mengelilingi satu gelanggang  disyaki terbabit dalam pertaruhan judi sabung ayam.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas enam ekor ayam jantan hidup dan tiga ekor mati, satu unit alat penimbang, sekeping papan jadual pertaruhan, sebilah taji ayam dan wang pertaruhan berjumlah RM113.
“Pasukan polis D4 dan D7 yang diketuai oleh Inspektor Hairul Hussien bersama Inspektor Baharuddin Sabang kemudian merampas semua barangan dan suspek-suspek telah dibawa ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari semalam.
Martin berkata, semua yang ditahan itu dipercayai dari sekitar bandar ini dan kawasan yang berhampiran.
“Kesemua mereka yang dicekup akan disiasat dibawah Seksyen 3(1)Akta Pencegahan dan Penganiayaan Binatang (Sabong Ayam) 1962.'

Sumber: Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment