Wednesday, March 27, 2019

Bandar raya Kuching terus diperindahkan

Abang Johari menerima cenderamata daripada Abang Wahab selepas merasmikan  majlis Agenda Warisan Pintar Old Kuching di Tebingan Sungai Kuchingi. - Foto Chimon Upon
Abang Johari menerima cenderamata daripada Abang Wahab (dua kiri) selepas merasmikan majlis Agenda Warisan Pintar Old Kuching di Tebingan Sungai Kuching. - Foto Chimon Upon
KUCHING: Tebingan Sungai Kuching bakal berubah wajah dengan kerja-kerja naik taraf yang akan dilakukan pada tahun ini.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerja-kerja naik taraf Tebingan Sungai Kuching itu akan melibatkan Kampung Sungai Bedil hingga ke Kampung Tanjung.
”Kita kini dalam pembukaan tender dan kontraktor akan mula melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Tebingan Sungai Kuching antara Kampung Sungai Bedil hingga ke Kampung Tanjung pada tahun ini.
“Ini bermakna kedua-dua tebingan sungai terbabit akan kita cantikkan dengan kemudahan-kemudahan yang terkini. 
"Dengan itu, laluan Sungai Sarawak akan menjadi laluan terindah, mungkin terindah di Malaysia,” katanya pada majlis perasmian Agenda Warisan Pintar Old Kuching di Tebingan Sungai Kuching di sini, malam Rabu.
Abang Johari melawat Eskpo Pameran Agenda Warisan Pintar Old Kuching dalam satu majlis perasmian yang diadakan di Tebingan Sungai Kuching malam tadi. Foto oleh Chimon Upon
Abang Johari melawat eskpo pameran sempena majlis perasmian Agenda Warisan Pintar Old Kuching  di Tebingan Sungai Kuching. - Foto Chimon Upon
Abang Johari menambah, Kerajaan Sarawak membiayai projek tersebut sebab mahu bandar raya Kuching terus mesra dan juga mesra alam.
“Tahun ini secara berperingkat, kita mengubah cara pengangkutan awam di Kuching dengan memperkenalkan bas elektrik tanpa pengeluaran asap. 
“Daripada bas elektrik, kita akan berubah ke arah bas hidrogen dengan tiga unit akan datang ke Kuching pada Mei tahun ini,” ujarnya.
Selain mesra alam, katanya,  tahap kebersihan udara di bandar raya Kuching akan terjamin dengan adanya penggunaan teknologi baharu dalam pengangkutan awam seumpama itu.
“Bukan sahaja mesra alam tetapi penduduk bandar raya Kuching juga akan dilatih menggunakan teknologi dengan memperkenalkan e-wallet menerusi aplikasi Sarawak Pay.
“Justeru, penduduk jangan risau sebab keselamatan aplikasi tersebut adalah terjamin. Kesemua ini merupakan antara usaha kita untuk menjadikan Kuching bukan sahaja bandar raya yang mempunyai warisan tetapi juga bandar raya yang pintar” katanya.
Agenda Warisan Pintar Old Kuching anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berlangsung selama tujuh hari bermula pada  25 hingga 31 Mac ini.
Hadir sama, isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani, Datuk Bandar DBKU, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai serta tetamu kehormat lain.
 


Sumber:

No comments:

Post a Comment