Saturday, March 9, 2019

Gunakan Himpunan Hari Wanita untuk pertahan LGBT salah guna ruang demokrasi - Mujahid


Mujahid berkata kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan tindakan segelintir pihak menggunakan perarakan Hari Wanita di Kuala Lumpur untuk mempertahankan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai menyalahgunakan ruang demokrasi.

Justeru, beliau menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai kuasa perundangan untuk bertindak dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit.

Ujar Ahli Parlimen Parit Buntar itu, kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

"Mana mungkin, kita mengiktiraf ia suatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

"Malah, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menegaskan tentang perkara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

No comments:

Post a Comment