Friday, March 8, 2019

Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri untuk sukat perimeter, bukan rampas tanah


Abang Johari (depan) diiringi Mawan (kiri) dan Uggah (kanan) tiba bagi Jamuan Malam SDNU di Kuching. Gambar Chimon Upon

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyangkal dakwaan dalam media sosial bahawa penyukatan perimeter tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dibawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri adalah cubaan kerajaan merampas tanah rakyat. 
Tegas Abang Johari, Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri ini adalah untuk penyukatan perimeter tanah komunal sebelum surat hak milik tanah dikeluarkan dibawah Seksyen 18, Kanun Tanah. 
“Ada orang cuba memutarkan perkara dengan mengatakan bahawa kerajaan mengambil tanah rakyat dengan menjalankan kerja-kerja penyukatan perimeter tanah NCR dibawah Seksyen 6, Kanun Tanah Negeri. 
“Ini lah lumrah media sosial, ada baik dan ada buruk tetapi kerajaan negeri ikhlas untuk mengembalikan hak tanah NCR kepada pemiliknya,” katanya ketika berucap pada Jamuan Malam Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU)  sempena Ulang Tahun ke-63 SDNU dan Perhimpunan Agung Tri-Tahunan (TGA) Ke-35 di sini, malam tadi.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian, Presiden SDNU, Tan Sri William Mawan Ikom serta ahli-ahli SDNU. 
Tambah Abang Johari, setakat 31 Disember 2018, kira-kira 877,185 hektar bersamaan 2.167 juta ekar tanah NCR telah disukat perimeter. 
Daripada jumlah itu katanya, 712,000 hektar iaitu kira-kira 1.7 juta ekar tanah NCR di seluruh negeri telah diwartakan. 
Bagi peringkat kedua penyukatan perimeter tanah NCR, sejumlah 24,920 lot individu telah dikeluarkan surat tanah melibatkan kawasan seluas 31,341 hektar bersamaan 77,444 ekar. 
Daripada jumlah ini, sebanyak 24,000 lot individu dan 9,923 surat tanah individu telah dikeluarkan dibawah Seksyen 19, Kanun Tanah meliputi kawasan seluar 10,512 hektar. 


Sumber: Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment