Abigail ketika ditemu bual wartawan NSTP Rabu lepas.
LONDON: Seorang pelajar Malaysia di sini mengalami beberapa kecederaan di kepala dan lengan selepas diserang menggunakan tukul di asrama pelajar tempat dia tinggal, kini semakin pulih.
Akhbar New Straits Times, Rabu lepas melaporkan Abigail Asrina Amiruddin, 23, yang sedang mengikuti pengajian animasi di Middlesex University London, mengalami luka sepanjang 8cm di belakang kepala dan luka di atas kepala apabila penyerangnya menyerang dari belakang.
Menceritakan detik itu Abigail berkata ketika kejadian dia sedang berjalan keluar dari dapur asrama pelajar tempat dia tinggal di utara London.
Serangan itu dikatakan berlaku pada jam 8.45 pagi (waktu tempatan) pada 28 Februari 2019 ,didakwa dilakukan pelajar lelaki yang tinggal di asrama pelajar sama.
Ketika ditemui New Straits Times, Abigail yang merupakan satu-satunya pelajar Malaysia tinggal di asrama itu memberitahu ketika hendak meninggal dapur selepas bersarapan, tiba-tiba dia merasakan pukulan kuat di belakang kepalanya lalu rebah.
"Dia (suspek) menyerang saya berulang kali dan saya menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa datang membantu," katanya.
Abigail dari Kuching, menggambarkan serangan itu sebagai di luar realiti kerana penyerang menutup muka dengan rambutnya yang panjang dan tidak berkata-kata.
Disebabkan serangan itu juga Abigail mengalami lebam serta luka di lengan kerana digunakan untuk menghalang kepalanya terus dipukul menggunakan tukul.
"Ketika saya menjerit dengan kuat, dia kelihatan terkejut dan melarikan diri.
"Saya mengalami pendarahan yang teruk sekali. Saya merangkak keluar ke halaman dan dua pelajar yang kebetulan lalu di situ membantu dan seterusnya membawa saya ke pejabat," jelasnya.
Abigail seterusnya dikejarkan ke Hospital St Mary, di Paddington menggunakan ambulans dan dia dimasukkan ke unit trauma dan menjalini imbasan CT (Computed Tomography).
Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat dan penyerang kini dalam tahanan polis sementara menunggu dibawa ke mahkamah pada 29 Mac ini.
Polis telah dimaklumkan oleh seorang saksi penyerang itu keluar meninggalkan asrama dengan tukul di tangannya.
Pisau turut ditemui di poket penyerang.
Difahamkan bahawa penyerang digambarkan sebagai seorang yang suka menyendiri.
Rakan pelajar lain berkata, penyerang dipercayai penduduk tempatan, jarang bercakap dengan sesiapa sahaj dan hanya menggunakan dapur jika tidak ada orang lain di sekelilingnya.
Abigail berkata dia tidak tahu mengapa dia diserang kerana hanya dua kali bertemu dengannya di dapur.
Menurut pelajar lain lelaki itu, yang dipercayai penduduk setempat, jarang berbicara kepada sesiapa sahaja dan hanya akan menggunakan dapur jika tidak ada orang lain yang berada di sekelilingnya.
Abigail berkata dia tidak tahu sebab diserang oleh suspek kerana dia hanya berjumpa dengannya sebanyak dua kali di dapur.
"Apabila saya menyapa, dia akan bercakap sesuatu dengan tidak jelas dan berlalu pergi," kata Abigail yang berpindah ke asrama itu Oktober tahun lalu.
Abigail yang merupakan penerima biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib pernah menerima anugerah Pelajar Terbaik berkata akan meneruskan pengajiannya di walaupun masih trauma dengan kejadian itu.
Sumber:Utusan Borneo
No comments:
Post a Comment