Thursday, March 28, 2019

Kapal USNS Fall River tiba di Kuching

KUCHING: Kapal Tentera Amerika Syarikat (USNS Fall River) tiba di Pelabuhan Pending di sini hari ini bagi Latihan Kerjasama Pasifik 2019 (PP19) yang bermula hari ini hingga 12 April. 
Kapal tersebut membawa bersama lebih 100 anggota tentera Amerika Syarikat, peralatan dan barangan keperluan projek bagi Program Jiwa Murni Kejuruteraan (ENCAP) serta barangan perubatan bagi Program Jiwa Murni Perubatan dan Pergigian (MEDCAP/DENCAP). 
Ketibaan  kapal bersama anggota PP19 disambut oleh Ketua Staf Markas 1 Divisyen Infantri Malaysia, Kolonel Nadzri Che Lah bersama Pengarah PP19, Kolonel Dr Mohamed Zaki Mohamed Mokhtar dan Pengarah J7 (Eksesais) Markas Angkatan Bersama, Kolonel Zulfakar Abdul Wahid. 
Dalam pada itu Latihan Kerjasama Pasifik ini merupakan latihan multilateral tahunan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM) dan rakan negara seperti Australia, Filipina, Jepun, Peru, Thailand dan United Kingdom. 
Kapal USNS Fall River tiba di Pelabuhan Pending untuk Latihan PP19 bermula hari ini hingga 12 April 2019. - Gambar Chimon Upon
Kapal USNS Fall River tiba di Pelabuhan Pending untuk Latihan PP19 bermula hari ini hingga 12 April 2019. - Gambar Chimon Upon
Latihan PP19 berkonsepkan bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana (HADR) yang meliputi aktiviti-aktiviti seperti perubatan, pergigian, kejuruteraan, hubungan kemasyarakatan dan perkara pertukaran kepakaran. 
Majlis perasmian Latihan PP19 ini dijadual pada 30 Mac ini dan akan disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama. 
Manakala majlis penutupan dijadual pada 11 April yang akan disempurnakan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia. 
Ini merupakan kali kedua Sarawak menjadi lokasi bagi Latihan PP ini selepas yang pertama pada tahun 2017. 
Kolonel Nadzri (dua kanan) berjabat tangan dengan Ketua Staf Latihan PP19, Kapten Brendon Zilko (tengah) yang tiba Pelabuhan Pending hari ini. Turut kelihatan Zaki (kanan) dan Zulfkar (dua kiri).
Kolonel Nadzri (dua kanan) berjabat tangan dengan Ketua Staf Latihan PP19, Kapten Brendon Zilko (tengah) yang tiba Pelabuhan Pending hari ini. Turut kelihatan Zaki (kanan) dan Zulfkar (dua kiri).
https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=Jz-RHePA3v0




No comments:

Post a Comment