Thursday, March 28, 2019

Baru Bian nafi ubah pendirian berhubung penyukatan perimeter tanah NCR

Baru Bian
KUCHING: Menteri Kerja Raya, Baru Bian menafikan beliau telah mengubah pendirian berhubung kerja-kerja penyukatan tanah Hak Adat  Bumiputera (NCR) di negeri ini. 
Menurut Baru, satu laporan telah diviralkan dalam media sosial mendakwa beliau telah mengubah pendirian untuk membantu penyukatan perimeter dan bukannya hak milik  individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak. 
“Suka saya nyatakan di sini bahawa berikutan perubahan kerajaan pada 9 Mei 2018, peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi penyukatan perimeter telah digunakan bagi penyukatan tanah-tanah NCR. 
“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2019t elah memperuntukan RM40 juta untuk program khusus fokus kepada bumiputera Sarawak. 
“Daripada jumlah tersebut, geran sebanyak RM21.5 juta diperuntukkan khas untuk penyukatan tanah NCR,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. 
Baru yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sarawak (PKR) menambah, ketika mempengerusikan  Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Sarawak (Bilangan 1 Tahun 2019) pada 18 Mac lepas, beliau telah menjelaskan bahawa geran RM21.5 juta tersebut akan digunakan untuk penyukatan hak milik individu dibawah Seksyen 18 dan bukannya untuk penyukatan perimeter di bawah Seksyen 6. 
Jadi tegasnya, pendirian beliau dan PH Sarawak mengenai isu ini adalah tidak berubah seperti yang didakwa dalam media sosial. 

No comments:

Post a Comment