KEHILANGAN pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris, Emiliano Sala, bukan sahaja diratapi keluarga dan peminat.
Kakak Sala, Romina, baru-baru ini berkongsi sekeping gambar menyayat hati yang memaparkan anjing peliharaan Sala menanti kepulangan tuannya.
Anjing yang diberi nama Nala itu dirakam berada di pintu, seolah-olah sedang termenung jauh menantikan Sala.
Difahamkan, Nala yang dipelihara Sala sejak 2015, dijadual dibawa bersama ke Cardiff selepas perpindahan pemain berusia 28 tahun itu dari Nantes ke Cardiff City dimuktamadkan, dua minggu lalu.
Awal hari ini, media melaporkan pasukan pencari berjaya mengesan mayaat di dalam bangkaii pesawat Piper Malibu yang dikesan di dasar laut di persisiran pantai Guernsey.
Pesawat itu dilaporkan terh3mpas pada 21 Januari lalu ketika dalam penerbangan dari Perancis ke Cardiff.
Namun belum dapat dipastikan sama ada mayatt yang dikesan adalah mayatt Sala atau mayatt juruterbang, David Ibbotson.
Romina menulis kapsyen: “Nala sedang menunggu kamu juga.”
No comments:
Post a Comment