PUTERA Mahkota Arab Saudi, Mohammad Salmanmahu ambil alih kelab gergasi Inggeris, Manchester United. - Foto Daily Star
LONDON: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad Salman meningkatkan bidaan untuk mengambil alih Manchester United kepada 3.8 bilion pound (RM20 bilion) – dengan harapan dapat menjadi pemilik baharu kelab itu musim depan.
Kerabat diraja Saudi yang nilai kekayaan keluarganya mencecah 850 bilion (RM4.48 trilion), berharap dapat meyakinkan pemilik sekarang, keluarga Glazer untuk menjual kelab Inggeris itu.
Sumber di Old Trafford sentiasa menafikan keinginan Glazer untuk menjual United, tetapi tawaran lumayan berkenaan mungkin sukar ditolak.
Keluarga dari Amerika Syarikat itu membeli United pada harga 790 juta pound (RM4.16 bilion) hampir 14 tahun lalu tetapi kini terpaksa menanggung jumlah hutang yang tinggi.
Namun sekiranya tawaran putera Saudi diterima, mereka masih mampu menjana keuntungan sehingga 2.2 bilion pound (RM11.59 bilion).
Hasrat Saudi membeli United kali pertama dilaporkan Oktober tahun lalu, dan nilai 3.8 bilion pound itu bergantung kepada sama ada Ole Gunnar Solskjaer mampu membawa kelab itu ke saingan Liga Juara-Juara musim depan. – AGENSI
No comments:
Post a Comment