Bekas perdana menteri Najib Razak dilihat meneruskan pendekatan troll dalam menjawab kritikan terhadapnya.
Terbaru, Najib yang kini mendapat gelaran Raja Troll membalas pihak yang mengkritik slogan 'malu apa bossku' yang dipopularkannya.
"Hari itu keluar fatwa troll adalah haram.
"Pagi ini ada yang kata ia haram untuk sebut 'malu apa bossku'.
"Jangan terkejut jika esok tiba tiba ada yang kata bahawa ianya haram untuk sebut nama Najib. Tak lama lagi, mungkin main Facebook juga akan dikatakan haram," katanya melalui ciapan di Twitter.
“Malu apa bossku, haram. Sesungguhnya malu itu adalah (sebahagian) daripada iman. Kau tak ada iman ke? Apa ni?
“Sahabat ajar kita malu, ulama ajar suruh kita malu.
“Tiba-tiba kau ajar 'malu apa bossku' dalam ketika mana kau terpalit dengan kes jenayah, kes rompakan, kes merosakkan negara,” kata Abu Syafiq dalam video yang telah ditonton lebih 200,000 kali.
Abu Syafiq tidak menyebut nama Najib secara khusus, namun slogan yang menjadi sensasi itu dilihat merupakan antara penjenamaan semula bekas perdana menteri itu pasca-PRU ke-14.
No comments:
Post a Comment