PEMAIN baharu Cardiff City, Emiliano Sala dilaporkan berada dalam sebuah pesawat peribadi yang dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Nantes menuju ke Cardiff, Wales.
Operasi mengesan pesawat tersebut sedang dilakukan selepas ia dilaporkan hilang dari radar dekat rumah api Casquets dekat Alderney di Kepulauan Channel.
Polis Guernsey mendedahkan pesawat jenis Piper Malibu yang membawa seorang juruterbang dan Sala hilang sejak pukul 8.30 malam Isnin.
Berita tersebut mengejutkan Cardiff City yang mengeluarkan kenyataan pagi Selasa bahawa mereka sedang menunggu perkembangan terkini sebelum mengulas lebih lanjut mengenainya.
image: https://www.mstar.com.my/sukan/2019/01/22/~/media/26152775e1604f85892e8d8858fa08c4.ashx?la=en
Pengerusi Cardiff City, Mehmet Dalman berkata:"Kami amat perihatin dengan berita terbaharu bahawa sebuah pesawat hilang dari radar malam semalam.
"Kami masih menunggu pengesahan sebelum boleh berkata lebih lanjut mengenainya. Kami amat perihatin dengan keselamatan Emiliano Sala," katanya.
Pesawat peribadi itu berlepas dari Nantes, Perancis menuju ke Cardiff sekali gus mencetuskan kebimbangan Sala mungkin berada di dalam penerbangan tersebut.
Lapangan terbang Cardiff mengesahkan pesawat itu dijangka tiba dari Nantes tetapi seorang jurucakap wanita berkata tiada butiran lanjut.
"Usaha mengesan pesawat tersebut diteruskan 8 pagi ini. Tiada jejak dikesan setakat ini. Pesawat itu dari Nantes, Perancis menuju ke Cardiff, Wales bersama dengan dua individu," katanya. - Mirror.co.uk
No comments:
Post a Comment