Proses Tuntutan RM1,000 Skim Khairat Kematian BSH 2019
Tahukah anda sekiranya penerima BSH 2019 meninggal dunia, waris layak membuat tuntutan skim khairat kematian sebanyak RM1,000.
Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Khairat Kematian Bantuan Sara Hidup?
Perlukah mengisi maklumat waris ketika proses kemaskini / permohonan baru BSH?
Untuk makluman, setiap pemohon wajib mengisi maklumat waris supaya jika berlaku kematian wang skim khairat kematian sebanyak RM1,000 boleh dituntut waris yang didaftarkan.
SKIM KHAIRAT KEMATIAN BSH 2019
Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima Bantuan Sara Hidup.
Penerima kategori individu tidak layak SKK.
Waris perlu membawa dokumen berikut untuk menuntut SKK:
- Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Kad Pengenalan Asal Waris
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
Pembayaran akan dibuat oleh BSN selepas maklumat yang dikemukakan disahkan lengkap dan tepat.
Tarikh tuntutan SKK bagi penerima BSH yang meninggal sepanjang tempoh 1-31 Januari 2019 bermula 1 Februari.
Manakala bagi kematian selepas tarikh tersebut, pihak LHDNM belum mengumumkan tarikh rasmi tuntutan SKK.
MAKLUMAT WARIS BANTUAN SARA HIDUP
Semua pemohon BR1M 2018 dan penerima BSH wajib mengisi maklumat waris.
Tujuan maklumat waris diisi adalah untuk:
- Menjadi wakil bagi sebarang urusan berkaitan BSH 2019 jika
pemohon mempunyai masalah seperti berikut:
a. masalah kesihatan
b. masalah fizikal (OKU)
c. dipenjarakan
d. bertugas di luar kawasan dan lain-lain; atau - Menjadi waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika
penerima BSH telah meninggal dunia bagi kategori Isi
Rumah dan Warga Emas
Waris yang layak didaftarkan semasa permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat adalah seperti berikut:
- Ibu
- Bapa
- Pasangan
- Anak
- Adik-Beradik
- Cucu
Pendaftaran waris tidak terhad kepada status Warganegara Malaysia sahaja. Waris perlu mempunyai hubungan pertalian dengan pemohon seperti syarat yang telah ditetapkan.
Semasa pendaftaran waris, pemohon tidak perlu mengemukakan apa apa dokumen pengenalan waris. Hanya perlu pastikan maklumat waris yang didaftarkan adalah tepat dan mempunyai hubungan pertalian yang telah ditetapkan.
Penukaran maklumat waris yang telah didaftarkan boleh dibuat
oleh pemohon di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban
Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran sekiranya:
oleh pemohon di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban
Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran sekiranya:
- Waris asal yang didaftarkan telah meninggal dunia; atau
- Pertukaran waris atas kehendak pemohon sendiri
Untuk makluman juga, tarikh akhir penunaian Baucar BSH 2018 telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2019.
Permohonan Baharu / Kemaskini BSH secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 1 Februari sehingga 15 Mac nanti.
Info lanjut layari portal rasmi bsh.hasil.gov.my
No comments:
Post a Comment