MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, mengakui perbezaan kualiti antara pasukannya dan Manchester City, dengan menggambarkan pasukan Pep Guardiola sebagai “pasukan terbaik dalam negara” selepas mereka menang 2-0 di Old Trafford, awal pagi tadi.
“Mereka menetapkan standard baru dalam dua musim lalu dan saya tak tahu berapa mata mereka sudah peroleh. Apa yang Pep Guardiola lakukan terhadap pemainnya adalah mengagumkan dan kami sangat dekat, berhampiran kami jadi kami rasakannya setiap hari,” kata Solskjaer.
Solskjaer mendesak pemainnya untuk bangkit selepas kekalahan 4-0 kepada Everton Ahad lalu dan United memulakan perlawanan dengan agresif, memberi tentangan hebat sehinggalah City menjaringkan gol menerusi Bernardo Silva pada minit ke-54 sebelum Leroy Sane melebarkan jurang 12 minit kemudian.
“Kami memberi tindak balas dan di penghujungnya kami ditewaskan dengan pasukan yang lebih baik. Tetapi kami juga mendapat sokongan daripada peminat dan pemain cuba melakukannya. Anda boleh lihat bagaimana mereka berusaha di sana, ia bagaimanapun tidak cukup bagus.
“Pemain mahu menunjukkan mereka mengambil berat. Babak pertama adalah positif, kami berpuas hati sehingga ke waktu rehat.
“Malang sekali, gawang kami bolos dalam dua gol akibat cuai pada babak kedua yang mana boleh dielakkan. Semua orang melihat apa yang City lakukan dalam beberapa tahun ini.
“Ada perbezaan daripada segi kualiti. Ini adalah mengapa mereka berada di atas dan di mana kami berada. Mereka sudah mencipta satu standard.
“Berada di Manchester, kami tidak boleh gembira dengan itu. Ia bergantung kepada kami untuk merapatkan jurang itu dan mengatasi mereka,” katanya. – Reuters
No comments:
Post a Comment