WOLVERHAMPTON 25 April - Unai Emery enggan mengaku kalah walaupun harapan Arsenal untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara musim depan semakin tipis apabila skuad kendaliannya itu diaibkan dengan kekalahan 1-3 kepada Wolves dalam aksi liga di Molineux, semalam.
Tiga jaringan Wolves dihasilkan Ruben Neves, Matt Doherty dan Diogo Joto sekali gus memberi kekalahan ketiga kepada The Gunners dalam empat aksi liga, menyukarkan misi Arsenal menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) empat pasukan terbaik.
Pengurus Arsenal itu mengakui pasukannya beraksi di tahap sebenar sehingga membolehkan Wolves memperoleh tiga gol dalam 45 minit pertama.
Walaupun tewas, Arsenal tetap mahu beraksi dalam kejohanan berprestij di Eropah itu sama ada mereka muncul empat pasukan terbaik EPL atau menjuarai Liga Europa.
Kekalahan tersebut menyebabkan Arsenal ketinggalan satu mata di belakang Chelsea yang menduduki tempat keempat dengan 67 mata.
"Kebiasaannya saya amat kritikal dengan diri sendiri dan saya mara dengan diri sendiri sebab kami tidak mengikut perancangan - begitu juga dengan pemain.
"Pertama, ianya mengenai saya dan selepas itu gaya dan idea saya di bahagian serangan dan mencari jalan penyelesaian, bukan pemain yang paling teruk.
"Saya perlu memikirkan jalan penyelesaian dan apa yang kami ada adalah dengan mengatasi Leicester pada Ahad ini dan memberi aksi terbaik dan berusaha mendapatkan tiga mata," kata Unai.
Gol tunggal Arsenal dijaringkan Sokratis ketika permainan berbaki 10 minit. - AFP
No comments:
Post a Comment