Tuesday, January 22, 2019

Penyerang baharu Cardiff City dikhuatiri hilang naik pesawat peribadi


PEMAIN baharu Cardiff City, Emiliano Sala dilaporkan berada dalam sebuah pesawat peribadi yang dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Nantes menuju ke Cardiff, Wales.
Operasi mengesan pesawat tersebut sedang dilakukan selepas ia dilaporkan hilang dari radar dekat rumah api Casquets dekat Alderney di Kepulauan Channel.
Polis Guernsey mendedahkan pesawat jenis Piper Malibu yang membawa seorang juruterbang dan Sala hilang sejak pukul 8.30 malam Isnin.
Berita tersebut mengejutkan Cardiff City yang mengeluarkan kenyataan pagi Selasa bahawa mereka sedang menunggu perkembangan terkini sebelum mengulas lebih lanjut mengenainya.
image: https://www.mstar.com.my/sukan/2019/01/22/~/media/26152775e1604f85892e8d8858fa08c4.ashx?la=en


Pengerusi Cardiff City, Mehmet Dalman berkata:"Kami amat perihatin dengan berita terbaharu bahawa sebuah pesawat hilang dari radar malam semalam.
"Kami masih menunggu pengesahan sebelum boleh berkata lebih lanjut mengenainya. Kami amat perihatin dengan keselamatan Emiliano Sala," katanya.
Pesawat peribadi itu berlepas dari Nantes, Perancis menuju ke Cardiff sekali gus mencetuskan kebimbangan Sala mungkin berada di dalam penerbangan tersebut.
Lapangan terbang Cardiff mengesahkan pesawat itu dijangka tiba dari Nantes tetapi seorang jurucakap wanita berkata tiada butiran lanjut.
"Usaha mengesan pesawat tersebut diteruskan 8 pagi ini. Tiada jejak dikesan setakat ini. Pesawat itu dari Nantes, Perancis menuju ke Cardiff, Wales bersama dengan dua individu," katanya. - Mirror.co.uk

Monday, January 21, 2019

Bendera Malaysia berkibar di stadium Gaza!

Jalur Gemilang dikibarkan di sebuah stadium di Gaza, Palestin minggu lalu, susulan keputusan kerajaan Malaysia yang tetap tidak membenarkan atlet Israel daripada memasuki negara ini.
Menurut Free Malaysia Today, bendera itu dikibarkan bersama-sama sepanduk di Stadium Yarmouk - antara yang tertua di Gaza - Sabtu lalu ketika satu perlawanan bola sepak berlangsung.
Ia terus dikibarkan di Stadium Palestin - yang pernah dibom Israel pada 2006 - keesokannya.
"Terima kasih Malaysia kerana menentang normalisasi (hubungan) dengan apa yang dipanggil 'Israel'," kata sepanduk yang mengiringi Jalur Gemilang itu, tanda penghargaan rakyat Palestin kepada ketegasan Malaysia.
Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Muslim Imran, tindakan itu untuk memperlihatkan kebanggan rakyat Palestin dengan Malaysia.
Selain pengibaran bendera, kata Muslim lagi, rakyat Palestin juga menyatakan sokongan di media sosial melalui tanda pagar #supportMalaysia.
Susulan keputusan Malaysia tidak membenarkan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang bakal di Kuching, Sarawak, Israel menyatakan kecaman terhadap Malaysia dan menyifatkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memiliki sikap antisemitisme yang tebal.

Jawatankuasa Olimpik Israel pula memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.
Ketika berucap di Oxford Union, United Kingdom Jumaat lalu, Mahathir sekali lagi menegaskan pendirian itu dengan berkata Malaysia berhak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah pihak.
"Kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sama sekali dan kita berpendapat mereka membuat terlalu banyak kesalahan tetapi tetap terlepas kerana tiada siapa berani untuk berkata apa-apa terhadap mereka," katanya sambil berkata beliau tidak kisah digelar antisemitik atas pendirian itu.

Friday, January 18, 2019

RON95, RON97 naik 6 sen, diesel naik 12 sen


PUTRAJAYA: Harga runcit bahan api bagi petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing dinaikkan antara enam hingga 12 sen seliter mulai tengah malam ini untuk tempoh 19 hingga 25 Januari ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini menetapkan, harga bahan api bagi RON97 dinaikkan sebanyak 6 sen pada RM2.28 seliter, RON95 (RM1.98 seliter) dan diesel pula dinaikkan sebanyak 12 sen kepada RM2.17 seliter.
Menurutnya, harga baru itu ditetapkan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$60 setong kepada AS$63 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$68 setong kepada AS$72 setong bagi diesel,” katanya.
Pada minggu sebelumnya iaitu bagi tempoh (12 hingga 18 Januari), harga runcit petrol RON97 ditetapkan pada RM2.22 seliter, RON95 pada harga RM1.92 seliter dan diesel pula adalah RM2.05 seliter.
Pengguna mula menikmati harga lebih rendah bagi bahan api itu sejak 5 Januari lalu apabila kerajaan menetapkan harga runcit RON97, RON95 dan diesel diturunkan antara 14 hingga 27 sen.
Malah, bagi tempoh minggu kedua (12 hingga 18 Januari), harga runcit bagi RON97 dan RON95 diturunkan satu sen lagi kepada RM2.22 dan RM1.92 seliter manakala, diesel pula dinaikkan satu sen kepada RM2.05 seliter.

Projek mitigasi banjir dalam proses pembinaan, sebab itu masih banjir kilat - DBKU kepada Violet

Wee menunjukkan gambar mengenai lokasi projek dan banjir kilat di sekitar Padang Merdeka baru-baru ini.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kesal dengan tuduhan tidak profesional Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong berhubung banjir kilat yang berlaku di kawasan Padang Merdeka baru-baru ini. 
Ahli Dewan DBKU, Datuk Wee Hong Seng berkata tuduhan tidak professional oleh wakil rakyat tersebut telah menyebabkan salah faham dalam kalangan masyarakat umum terhadap DBKU sebagai agensi pelaksana Projek Mitigasi Banjir Padang Merdeka. 
“ADUN Pending Violet telah meminta DBKU untuk menjelaskan mengapa kejadian banjir kilat masih berlaku di sekitar kawasan Padang Merdeka meskipun selepas membelanjakan jutaan ringgit bagi projek mitigasi banjir ini. 
“DBKU mengalu-alukan sebarang aduan daripada rakyat berhubung sebarang permasalahan tetapi aduan tersebut biarlah dibuat dengan cara profesional terutama apabila anda adalah seorang wakil rakyat. 
“Kami amat menghargai sekiranya YB (Violet) mendapatkan maklumat yang tepat mengenai projek ini sebelum membuat sebarang komen di media,” katanya pada sidang media di Lebuh Java berdekatan Esplanade Kuching di sini hari ini. 
Mengulas mengenai kejadian banjir tersebut, Wee berkata ia berlaku disebabkan kerja-kerja projek mitigasi banjir yang kini giat dilaksanakan dan telah mencapai 65 peratus kemajuan. 
Projek ini katanya dilaksanakan dalam tiga fasa dengan fasa pertama telah bermula pada Ogos 2016 dan siap pada Disember 2016 diikuti fasa kedua yang bermula pada Mac  2017 dan siap pada Oktober 2017. 
Projek ini kini memasuki fasa ketiga iaitu fasa yang terakhir melibatkan kerja-kerja pembinaan sistem perparitan baharu bagi  menyalurkan keluar air hujan di Jalan Masjid, Jalan Market, Lebuh Java ke Sungai Sarawak. 
“Apabila kita melaksanakan projek ini saya tidak melihat wakil  rakyat  ini (Violet) membantu kami dalam  bidaan mahupun dalam kajian masalah ini. 
“Setakat ini projek ini telah mencapai 65 peratus kemajuan dan masih dalam kerja-kerja pelaksanaan dan bukannya sudah siap seperti yang dituduh oleh Violet.
“Jadi, kami amat menghargai sekiranya Violet mendapatkan  maklumat yang tepat lebih-lebih lagi beliau sebagai wakil rakyat harus bersikap lebih bertanggungjawab dalam berkongsi maklumat dengan masyarakat umum,” katanya. 
Wee dalam pada itu juga tidak menolak projek ini akan berhadapan dengan kelewatan disebabkan masalah utama pengalihan dan pemindahan kabel-kabel utiliti pihak SESCO, Telekom dan Sacofa serta paip pihak Lembaga Air Kuching (LAK). 
 
Sumber: Utusan Borneo

Kes bunuh: Lebih 20 jenis barang kes ditemui.


KUCHING: Kira-kira lebih 20 jenis barang yang dipercayai berkaitan kes bunuh seorang ahli perniagaan Selasa lalu ditemui di kawasan belukar di tepi jalan Kampung Bunga Rampai, Batu Kitang Bau sekitar tengah hari, hari ini.
Difahamkan antara barang-barang tersebut ialah beg sandang, telefon bimbit dan kasut yang dipercayai milik mangsa berusia 30an itu.
Sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak terlibat operasi tersebut yang berakhir sekitar pukul 3 petang.
Barang-barang tersebut kemudian dibawa ke IPK Sarawak untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber:Utusan Borneo

Wednesday, January 16, 2019

Bincang dengan Menteri Kewangan mengenai waktu operasi UTC di Sarawak minggu depan-Chong Chieng Jen

KUCHING: Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen akan betemu dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng awal minggu depan untuk berbincang mengenai waktu operasi yang optima bagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Sarawak.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata pihaknya masih mengumpulkan maklum balas dari orang ramai berhubung waktu operasi baharu UTC ketika ini.
“Ramai yang mencadangkan supaya UTC memulakan waktu operasi sekitar tengah hari sehingga 9 malam untuk memberi kemudahan kepada mereka melaksanakan urusan mereka selepas waktu pejabat tanpa perlu mengambil cuti sehari atau separuh hari,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kementerian Kewangan baru-baru ini mengumumkan waktu operasi UTC yang baharu di Sarawak, iaitu dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang bermula 22 Jan ini.
Chong berkata walaupun tiada rungutan mengenai watku operasi itu pada hujung minggu diterima, namun ramai yang menyuarakan rasa kecewa mengenai penutupan UTC selepas waktu pejabat pada hari-hari biasa.
Sebelum ini waktu operasi bagi UTC di seluruh negara adalah dari 8 pagi sehingga 10 malam (14 jam) setiap hari, dan cadangan waktu operasi yang diumumkan baru-baru ini akan mengurangkan jam operasi UTC, dan pada masa yang sama waktu operasinya berbeza antara lokasi.
“Kita faham keperluan segera untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan, terutama dengan mewarisi hutang RM1 trilion daripada kerajaan sebelum ini, di samping tambahan RM35 bilion pemulangan cukai yang yang tidak dibayar kerajaan terdahulu, yang dipersetujui oleh kerajaan semasa untuk dibayar balik kepada pembayar cukai tahun ini,” katanya.
Katanya dengan kekangan kewangan ini, kerajaan perlu mengoptima sumber yang terhad dengan membuat pelarasan tertentu berhubung waktu operasi untuk memenuhi keperluan berbeza kalangan orang ramai.– BERNAMA

Fenomena & Trending MALU APA BOSSKU!

Dua tiga menjak ni mesti ramai yang perasan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak makin berani mengeluarkan posting troll dan berjenaka dengan netizen berkaitan isu politik.
Tapi slogan terbaru dari DS Najib kali ni memang power habis. Admin sampai sekarang pun mesti nak tersengih je bila tertengok video ‘Malu apa bossku’ kat bawah ni yang viral di Facebook.

Tuesday, January 15, 2019

Kennedy Jawan anak kelahiran Sarawak dilantik Duta Malaysia ke Jepun


Tahniah kepada Datuk Kennedy Jawan yang telah menerima watikah pelantikan sebagai Duta Malaysia ke Jepun.

Karier Datuk Kennedy Jawan
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan ( 2008-2014)
Duta Malaysia ke Sepanyol (2014-2017)
TKSU Kementerian Luar Negeri (2017-2018)
Duta Malaysia Ke Jepun (2018 terkini)

Kuching FA sedia gegar!


Diperkuatkan beberapa bekas pemain Sarawak ke Kuching FA semestinya memberikan suntikan semangat kepada pasukan Kuching FA bagi mengharungi Piala FAM 2019 yang akan bermula tidak lama lagi,antara pemain tersebut adalah Joseph Kalang Tie,Dzulazlan Ibrahim,Iqbal Suhaimie,Hairol Mohktar,Mazwandi Zakaria dan Ramesh Lai.

Monday, January 14, 2019

Rezeki Peniaga bundle menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen (RM20,755.84)


UMPAMA rezeki terpijak apabila seorang peniaga menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen (RM20,755.84) ketika membuka guni bundle di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, kelmarin.
Penjual berkenaan, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, berkata, dia terkejut apabila menemui wang berkenaan jam 8 malam.
Katanya, dia membeli dua guni bundle di sebuah gudang diWakaf Bharu, Kelantan, Sabtu lalu dengan harga masing-masing RM50 dan membawanya pulang ke kedai.
“Saya membuka guni berkenaan untuk disimpan memandangkan saya akan membuka kedai bundle dalam masa terdekat sebelum menemui beg duit warna hitam di dalam kot.
“Saya terkejut melihat wang tunai yang terlalu banyak dan membuat kiraan sebelum mengambil gambar dan memuat naik di Facebook (FB) 9.20 malam kelmarin,” katanya ketika ditemui di Wak
af Bharu, hari ini.
Kisah penemuan wang tunai 550,000 yen menjadi viral selepas Wan Mohamad Adam memuat naik di FB miliknya, jam 9.20 malam.
Mengulas lanjut, Wan Mohamad Adam berkata, penemuan wang itu adalah rezeki buatnya selepas membeli lebih 10 guni bundle sejak sebulan lalu.
Katanya, dia juga tidak menemui identiti pemilik wang itu kecuali hanya satu beg duit bersama sehelai kot.
“Sejak memuat naik di FB pelbagai reaksi yang diterima apabila orang ramai mahu membeli beg duit dan kot berkenaan. Namun, saya tidak akan menjual barangan itu kerana ia adalah pembuka rezeki.
“Wang itu akan saya gunakan untuk membuat modal bagi membesarkan perniagaan bundle.
“Saya sudah menukar wang berkenaan sebanyak 450,000 yen (RM16,800) dan bakinya akan disimpan untuk kenangan,” katanya.

Sultan Abdullah dimasyhur sebagai sultan Pahang


Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI, menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.
Pemasyhuran yang penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar diumumkan oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, yang membacakan Pengisyitiharan Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Pertama).
“Maka adalah dengan ini dimasyhurkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa Jumaah Pangkuan Negeri kali ke-110 yan bermesyuarat pada 11 Jan 2019 bersamaan 5 Jamadilawal 1440 Hijrah dan mengikut hukum syarak telah bersetuju memilih, melantik dan memasyhurkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Tengku Abdullah Alhaj DK SSAP, SIMP, DK Terengganu, DK Johor, Pemangku Raja Pahang, Waris Ganti menjadi raja pemerintah yang menaiki takhta negeri Pahang dan segala jajahan takluknya bagi menggantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah berkuatkuasa 11 Jan 2019 bersamaan 5 Jamadilawal 1440 Hijrah.
“Maka yang demikian ketahuilah pada semua yang hadir seluruh rakyat Pahang dan semua orang supaya mengambil maklum dan menjunjung taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah Alhaj ibni Sultan Haji Ahmad Shah,” katanya.
Melayakkan baginda 
Pemasyhuran Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu hari ini melayakkan baginda dalam senarai pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi tujuan memilih Yang di-Pertuan Agong baharu, berikutan peletakkan jawatan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada 6 Jan lepas, akan diadakan pada 24 Jan ini di Istana Negara.

SPRM siasat jika pertukaran KP Imigresen ada kaitan projek RM3.5b


 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sekiranya terdapat unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam Kementerian Dalam Negeri, kata sumber.

Sumber yang rapat dengan perkara itu memberitahu Malaysiakini bahawa SPRM menerima maklumat bahawa pertukaran ketua pengarah imigresen berkemungkinan mempunyai kaitan dengan percubaan menganugerahkan kontrak IT jabatan itu yang bernilai RM3.5 bilion.
"Jika anda ingat, hujung tahun lalu terdapat pengumuman yang dibuat Menteri Dalam negeri (Muhyiddin Yassin) bahawa kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek yang digelar Skin (Sistem Kawalan Imigresen Nasional) yang bernilai RM3.5 bilion.
"Banyak sebab yang diberikan atas pembatalan projek itu. Namun baru-baru ini, kami menerima maklumat bahawa kementerian memutuskan untuk menyerahkan kepada syarikat lain pelaksanaan projek itu. Syarikat ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pegawai kanan dalam kementerian," kata sumber.
Sumber juga memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa SPRM difahamkan bahawa pegawai yang dimaksudkan mempunyai kaitan dengan syarikat yang dijangka akan dianugerahkan kontrak projek itu.
"Ia projek sama untuk kos yang sama, dengan penjenamaan semula untuk beri nama baru," kata seorang lagi sumber yang memegang jawatan kanan.
Disember lalu, Muhyiddin mengumumkan bahawa kabinet memutuskan untuk membatalkan projek Skin dan digantikan dengan sistem dalam talian sepenuhnya yang digelar myIMMs Global.
Muhyiddin memberitahu pemberita ketika itu bahawa keputusan berkenaan dibuat berdasarkan keperluan untuk sebuah sistem baru yang lebih komprehensif, berkesan, mesra pengguna, selain bagi menjimatkan dana kerajaan.
Muhyiddin tidak dimaklumkan
Sumber mendakwa pegawai kanan yang dikaitkan dalam isu berkenaan dijadualkan untuk dipindahkan ke kementerian lain namun ia tidak berlaku susulan campur tangan "orang atas".
"Pertukaran terbaru bagi jawatan ketua pengarah imigresen dikatakan mempunyai kaitan dengan pegawai kanan itu yang berada dalam kementerian.
"Penyiasat sedang meneliti perkara ini. Sekiranya terdapat bukti rasuah, ia merupakan kesalahan serius dan akan ditangani mengikut undang-undang seperti mana-mana kes rasuah lain," kata salah seorang sumber.
Awal bulan ini, Jamil Rakon yang merupakan ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri diumumkan akan dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Imigresen yang baru menggantikan Mustafar Ali.
Sementara Mustafar dipindahkan ke Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan.
Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri semalam sebaliknya mengumumkan Khairul Dzaimee dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Imigresen meskipun Jamil sudah menerima surat penyerahan tugas daripada Mustafar Khamis lalu.
Kementerian Dalam Negeri juga memaklumkan bahawa Jamil akan kekal memegang jawatannya sebelum ini sebagai ketua setiausaha.
Mengulas perkara itu hari ini, Muhyiddin berkata beliau menganggap jawatan ketua pengarah Jabatan Imigresen kosong kerana Jamil dilantik menggantikan Mustafar tanpa pengetahuannya.
"Saya tidak dimaklumkan berhubung pelantikan Jamil. Biasanya, menteri akan dimaklumkan apabila ada kekosongan jawatan dalam kementerian.
"Jadi, saya cadangkan nama (Khairul) dan mereka setuju. Jadi tak ada masalah," katanya dipetik Sinar Harian.

Khairul merupakan bekas timbalan ketua setiausaha (dasar dan kawalan) Kementerian Dalam Negeri.

KKMM beri penekanan industri kreatif di Sarawak - Gobind

Gobind menyampaikan amanat kepada enam jabatan serta agensi di bawah KKMM di bangunan RTM Kuching, hari ini. - Gambar Bernama 

KUCHING: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memberikan penekanan kepada industri kreatif, khasnya di Sarawak menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Sarawak, kata menterinya Gobind Singh Deo.
Initiatif tersebut merupakan antara enam teras nasional KKMM dalam meningkatkan perkhidmatan penyampaian maklumat dan kandungan di setiap agensinya bagi tahun ini.
Beliau berkata industri kreatif memainkan peranan penting dalam mempersembahkan keistimewaan yang ada di negeri ini dan tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur sahaja.
“Dengan jumlah penduduk yang ramai, contohnya di Sarawak yang mempunyai 2.4 juta orang penduduk, saya percaya pasti ada di antara mereka di luar sana yang mempunyai idea kreatif dan bakat terpendam dalam menghasilkan kandungan yang terbaik,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat KKMM di Auditorium P.Ramlee di sini, hari ini.
Justeru, katanya kementerian meminta Finas untuk memulakan proses ‘pitching’ di sini dan mencari orang yang terlibat dalam pembuatan filem, cerita pendek, dokumentari dan sebagainya untuk mengemukakan cadangan.
Ini adalah lawatan kerja sulung Gobind Singh Deo ke Sarawak selepas dilantik sebagai Menteri KKMM pada Mei tahun lepas. 
Dalam pada itu, beliau juga mahu agensi di bawah kementerinya iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penerangan menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti dan terkini.
“Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat, RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan haruslah efektif, pastikan maklumat yang disalurkan kepada rakyat adalah tepat, pastikan mesej yang disampaikan  itu sama dengan konteks asal,” katanya.
Seramai 300 warga agensi di bawah KKMM, iaitu Jabatan Penerangan, RTM, Bernama, Finas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Telekom Malaysia dan Pos Malaysia menyertai Majlis Amanat tersebut. - Bernama 

Sunday, January 13, 2019

Amat kesal dengan kerumitan ini dan berjanji perkara sebegini tidak akan berulang di masa hadapan- Setiausaha Agung FAS


Penjelasan isu kegagalan pasukan Sarawak untuk mendaftar senarai awal 20 pemain kepada MFL selewat-lewatnya 10 Januari 2019.
Persatuan Bolasepak Negeri Sarawak mengakui kelewatan pendaftaran tersebut lantas bertindak memberikan surat tunjuk sebab kepada CEO MFL, Encik Kevin Ramalinggam.
Persatuan Bolasepak Negeri Sarawak menerusi Setiausaha Agung, Encik Jefry Lana amat kesal dengan kerumitan ini dan berjanji perkara sebegini tidak akan berulang di masa hadapan.

Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pasukan Sarawak FA 2019






Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pasukan Sarawak FA 2019.
Tarikh : 26 Januari 2019 (Sabtu)
Masa : 2.00 PM - 4.30 PM
Venue : MyDin Petra Jaya, Kuching.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan jersi terbaru Sarawak FA 2019!
Dengan Kerjasama :
Persatuan Bolasepak Negeri Sarawak
Lea Sports Centre
MyDin
Cats FM

Remaja didakwa sumbang mahram dengan kakak


REMAJA lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kampar, hari ini atas tuduhan melakukan sumbang mahram dengan kakak kandungnya sejak dua tahun lalu.
Tertuduh berusia 14 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh dalam prosiding yang diadakan secara tertutup.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan kakak kandungnya berusia 16 tahun yang mana perhubungan itu tidak dibenarkan undang-undang, hukum agama dan adat untuk berkahwin dengannya.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya di rumah di Kampar antara Disember 2017 hingga Mei 2018.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga sebatan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Norashikin Hassanor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Nur Faizah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 20 Februari untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Media sebelum ini melaporkan remaja lelaki berkenaan ditahan polis selepas mengaku mengadakan hubungan sumbang mahram dengan kakaknya sehingga melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka di Kampar, 15 Disember tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, perbuatan sumbang mahram itu terbongkar apabila kakak yang baru bersalin itu dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan pada 10 malam, hari yang sama.
Katanya, hasil soal siasat terhadap remaja perempuan itu mendapati dia mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan sumbang mahram dengan adik lelakinya pada Mei lalu di bilik belakang rumah mereka.

Sumber:Harian Metro

Bayi mangsa dera meninggal dunia


SIBU: Bayi lelaki yang kritikal selepas dipercayai didera pengasuhnya di TamanPermai di sini Isnin lalu, meninggal dunia di Hospital Sibu hari ini.

Aariz Harraz Zahin Azman, sembilan bulan, menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya Hajijah Tahir pada 11.55 pagi selepas alat sokongan hayatnya dihentikan pada 11.30 pagi.
Bayi tersebut disahkan ‘mati otak’ pada 9.10 pagi semalam oleh pasukan perubatan yang merawatnya.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata keputusan untuk menghentikan mesin sokongan hayat itu dipersetujui oleh ibu bapa bayi malang berkenaan semalam selepas hasil ujian ke atas otak mangsa untuk kali kedua semalam kekal sama.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Nangka, Dr. Anuar Rapa’ee yang hadir di hospital untuk menziarah mangsa, meminta masyarakat memberi ruang kepada kedua ibu bapa bayi tersebut untuk bersama keluarga bagi menghadapi tragedi berkenaan.
“Sekarang kita serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita.
Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa berada dalam keadaan lemah ketika diambil dari rumah suspek di Taman Permai di sini sebelum dikejarkan ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.
Berdasarkan pemeriksaan pakar kanak-kanak, mangsa disahkan mengalami pendarahan pada otak dan kedua-dua matanya selain mengalami retak pada bahagian kiri kepala dipercayai akibat hentakan kuat.
Suspek yang berusia 39 tahun ditahan polis pada hari berikutnya susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa.
Wanita itu kemudiannya dilaporkan mengaku menggoncang bayi terbabit kerana tidak berhenti menangis dan mendakwa tertekan kerana mengalami kesakitan akibat haid.
Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai lesen untuk menjalankan pusat asuhan dan hanya membantu menjaga kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapanya pada waktu bekerja. – BERNAMA


GPS diterajui Abang Johari teruskan perjuangan Tok Nan



MUKAH: Semangat perjuangan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Nan masih tetap diteruskan walaupun selepas dua tahun pemergiannya.
Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perjuangan menuntut hak-hak negeri yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebenarnya dimulakan oleh beliau dan tetap akan diteruskan.
“Tok Nan telah membangkitkan kita daripada tidur dan menyedarkan bahawa hak-hak kita sebenarnya terhakis,” katanya dalam Jerayawara Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dataran Udang Mukah pada pagi Ahad.
Turut hadir Ketua Pemuda PBB Gerald Rentap Jabu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo.
Menurut Fatimah, walaupun Tok Nan tidak sempat menyelesaikan perjuangan serta tuntutan di bawah hak termaktub dalam MA63, namun ia tetap diteruskan sehingga kini melalui penubuhan GPS.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari kini katanya, mengambil alih untuk menerajui kesinambungan perjuangan itu.
“Penubuhan GPS adalah tepat pada masanya untuk kita memastikan segala tuntutan dan hak negeri dapat dicapai,” ujarnya.
Malah, keredibiliti GPS tidak dapat dinafikan dengan pengalaman lebih 50 tahun mengurus serta memerintah di negeri ini.
Tambahan lagi GPS kini tiada unsur-unsur pengaruh dari luar dan semua parti komponennya kini terdiri daripada parti politik teras Sarawak.
Walaupun senario politik Malaysia telah berubah selepas Pilihan Raya Umum lalu, di mana tampuk kepimpinan kerajaan pusat telah bertukar tangan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH), namun hakikatnya Kerajaan Sarawak masih kekal dan sehingga kini masih di bawah naungan GPS.
Fatimah pada masa sama mempertanggungjawabkan semua ahli parti komponan GPS termasuk ahli veteran membantu mempromosikan gabungan berkenaan ke setiap peringkat dan lapisan masyarakat.
Konvoi rombongan tersebut bermula pada 11 Januari lalu di Limbang dan sejak itu ia bergerak ke segenap pelosok negeri dan dijangka berakhir di Kuching.

Sumber: Utusan Borneo





Apam Balik Samarahan

Apam Balik paling 'famous' di Samarahan ,lokasi di Sofia Bon Cafe,Aiman Mall








De Gea Wira Manchester United


Wembley Stadium,tuan rumah Tottenham Hotspurs tumpas ditangan Manchester United 0-1 hasil jaringan Marcus Rashford pada minit ke 44,sepanjang 90 minit perlawanan Tottenham Hotspurs terus mengasak ke kubu lawan namun kecermerlangan De Gea menafikan gol dari pihak lawan,perlawanan berkesudahan Manchester United menang 1-0.

Pasukan Futsal Perlis pikat tiga anak kelahiran Sarawak

Pasukan futsal Perlis yang diketuai bekas jurulatih futsal kebangsaan Qusmaini Noor Rusli telah memikat tiga anak kelahiran Sarawak bagi menghadapi kejohanan Liga Futsal Profesional Malaysia 2019.antara pemain tersebut adalah Mohammad Azierul Joss,Muhammad Nur Azfar Nur Azli Yaacob dan Muhd Erzuan Gapar ,perkara tersebut telah di maklumkan menerusi facebook rasmi 'Perlis Futsal'.