KUCHING: Kes kanak-kanak perempuan dan ibu saudaranya yang dikatakan diculik dua individu tidak dikenali menggunakan sebuah van berwarna putih dalam satu kejadian di simpang Kopodim, Jalan FAC di Matang, hari ini sebenarnya lari dari rumah.
Perkara itu disahkan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar dalam satu kenyataan sebentar tadi.
"Kejadian culik yang dinyatakan dalam laporan polis tidak berlaku. Tidak ada van putih atau lelaki bertopeng. Cerita direka.
"Polis percaya bahawa laporan polis yang dibuat pengadu adalah palsu. Bukan kes penculikan. Kita ada sebab untuk mempercayai bahawa dua kanak-kanak itu telah melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan sebenar tadi.
Terdahulu, pengadu yang merupakan ibu saudara kanak-kanak terbabit melaporkan anak saudaranya, 10, dan adik perempuannya, 17, dikatakan dilarikan dua individu bertopeng yang tidak dikenali menggunakan van putih.
Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar pukul 3.15 petang.
Ekoran kejadian yang didakwa pengadu itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Gita.
Sumber: Utusan Borneo
No comments:
Post a Comment