Masalah jerebu adalah satu fenomena di mana persekitaran kita dipenuhi oleh habuk, debu halus, asap dan zarah-zarah kering yang terapung di dalam ruang udara. Keadaan ini menyebabkan keterbatasan penglihatan dari segi kualiti dan jarak penglihatan.
Bergantung kepada tahap pencemaran udara di satu-satu tempat, jerebu boleh menyebabkan gangguan terhadap pelbagai aktiviti fizikal dan juga mendatangkan ancaman terhadap kesihatan individu.
Apakah masalah kesihatan yang boleh terjejas akibat jerebu ini dan siapakah yang berpotensi mendapat risiko kesan yang lebih buruk? Juga ketahui apakah cara untuk mengatasi bahaya jerebu kepada kesihatan.
Fenomena Jerebu Di Malaysia
Fenomena jerebu kini datang lagi menyelubungi Malaysia. Situasi jerebu biasanya berlaku di antara bulan Mei sehingga Oktober. Kebakaran hutan dalam skala yang besar di negara jiran merupakan antara punca yang dikenalpasti penyebab kejadian jerebu ini berlaku.
Ditambah pula dengan faktor angin monsun barat daya yang membawa asap jerebu dengan begitu cepat melintasi sempadan laut Selat Melaka untuk membelenggu kawasan sekitar yang berhampiran dengan pesisir laut.
Rekod Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang pernah dicatatkan tertinggi di Malaysia adalah pada tahun 1997, iaitu bacaan 839 di Kuching, Sarawak dan 746 di Muar, Johor. Hanya 6% sahaja kawasan mencatatkan kualiti udara yang baik di seluruh Malaysia pada ketika itu.
Namun situasinya berbeza bagi musim 2015 ini. Berikut adalah Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi beberapa negeri semenanjung setakat 12/9/2015:
Walaupun keadaan jerebu masih terkawal sehingga hari ini, ditambah pula dengan musim hujan; namun kesannya tidaklah boleh diambil ringan. Jika langkah mengatasi tidak diambil tindakan sewajarnya, kesan negatif terhadap kesihatan pastinya boleh mengganggu.
Apakah Tanda-tanda Atau Gejala akibat Jerebu ?
Apabila terdedah kepada jerebu dalam jangka masa panjang, kita boleh mengalami beberapa tanda atau gejala gangguan kesihatan seperti:
- Mengalami iritasi kulit sepeti kerengsaan atau kegatalan pada badan
- Gangguan pada hidung seperti berair, kerap bersin dan selesema
- Sakit tekak dan kerongkong serta batuk-batuk
- Mata pedih dan berair
- Sukar untuk bernafas atau sesak nafas
- Sakit pada bahagian dada atau mengalami kelesuan
Gejala ini mungkin lebih membawa kesan buruk bagi mereka yang:
- Menghidap penyakit masalah kulit seperti kulit sensitif, ekzema, alergi dan lain-lain
- Menghidap masalah penyakit kronik yang berkaitan sistem pernafasan seperti asma, bronkitis, radang paru-paru dan paru-paru berair
- Menghidap masalah sakit jantung dan sistem kardiovaskular
- Ibu mengandung serta bayi dalam kandungan yang mungkin terjejas akibat agen pencemaran udara yang terserap di dalam tubuh
Justeru, anda digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor dengan segera jika mengalami tanda-tanda atau gejala yang tersebut di atas.
7 Cara Mengatasi Bahaya Jerebu Kepada Kesihatan
Sebagai langkah pencegahan dan persediaan untuk menghadapi musim jerebu, kita digalakkn untuk:
- Sentiasa berada di kawasan tertutup atau dalam bangunan seperti dalam rumah atau pejabat
- Jika terdapat keperluan untuk keluar atau berada di tempat terbuka seperti bekerja atau aktiviti di luar bangunan dan juga menunggang motorsikal, pastikan memakai penutup hidung dan mulut (haze mask)
- Sentiasa tutup semua pintu dan tingkap bagi mengelak kemasukan asap jerebu ke dalam rumah kediaman atau ruang pejabat. Jangan ditambah pula dengan kehadiran asap rokok atau vape!
- Pasangkan penghawa dingin untuk membantu kitaran pengudaraan dalam kenderaan.
- Jika terdedah kepada jerebu, kerap basuh muka dan anggota badan yang terkena dengan air bersih
- Perbanyakkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi mengatasi dehidrasi, memudahkan proses perkumuhan dan detoksifikasi dalaman tubuh
- Bantu kekuatan antibodi dengan mengamalkan pemakanan kesihatan termasuk suplemen vitamin dan mineral yang diperlukan
No comments:
Post a Comment