Monday, August 26, 2019

Pilihan telefon pintar terbaik di bawah RM600 tahun 2019

Intro

Apabila bercakap sebuah telefon pintar yang mempunyai fungsi-fungsi menarik seperti pengimbas cap jari, dwikamera, skrin telefon beresolusi HD plus, dan bateri berkapasiti besar, pasti ramai menganggap telefon tersebut merupakan sebuah telefon yang mahal

Ia mungkin benar. Namun siapa sangka kini, terdapat banyak telefon pintar berharga bawah RM600, memiliki fungsi tersebut. Ia sekali gus memberikan pengguna pengalaman lebih lengkap di telefon pintar dengan harga yang mampu milik.

Kali ini, SoyaCincau ingin membawa pembaca 10 telefon pintar terbaik dengan harga bawah RM600. 10 telefon pintar yang berjaya melayakkan diri mereka ke dalam kategori kali ini ialah:
  • Samsung Galaxy M10
  • Huawei Y5 2019
  • Nokia 3.2
  • Vivo Y91C
  • Xiaomi Redmi 7
  • Honor 8C
  • Nokia 4.2
  • Oppo A5s
  • Realme 3
  • Vivo Y93
Diantara kesemua telefon tersebut, yang manakah menjadi pilihan berbaloi untuk anda miliki dengan harga kurang dari RM600? Ikuti analisis kami di halaman seterusnya.
Sumber: Soya Cincau

Sunday, August 25, 2019

Perodua Bezza sub-1.0liter sedan baru paling laris di Sri Lanka

Perodua Bezza muncul kereta sub-1.0 liter sedan baharu paling laris di Sri Lanka manakala sepanjang tujuh bulan pertama 2019, model itu mengetuai kelas sub-1.0 liter jualan kereta baharu pelbagai model.
Dijual pada harga Rs3.69 juta (RM86,200) semasa pelancarannya pada Jun 2017, Perodua Bezza dimiliki kira-kira 1,500 pembeli Sri Lanka sehingga kini, meletakkannya antara model jualan paling laris yang pernah ditawarkan Perodua di sana, bersama kira-kira 3,000 unit Perodua Axia sejak 2015, katanya dalam kenyataan hari ini.
"Sri Lanka ialah pasaran luar negara terbesar Perodua, dengan pengedar tempatan Unimo Enterprises menjual lebih daripada 15,600 kereta Perodua sejak 1997," katanya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata Perodua akan terus menyokong pengedar di luar negara memandangkan syarikat itu merancang untuk meluaskan pasaran ke Asia Pasifik.
"Kami bekerja rapat dengan Unimo bagi menyediakan pengetahuan mengenai produk serta latihan teknikal kepada kakitangan jualan dan perkhidmatan mereka. Justeru, pelanggan Sri Lanka yang kami hargai diberikan jaminan bahawa Bezza dan Axia mereka akan sentiasa dijaga dengan baik," katanya.
Perodua mahu mengeksport 3,270 kereta tahun ini - 50 peratus lebih tinggi daripada 2,184 unit tahun lepas.
- Bernama

Bayaran fasa ketiga BSH 2019 mulai Rabu



KUALA LUMPUR: Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dikreditkan terus ke akaun bank dengan menggunakan maklumat akaun bank yang digunakan semasa pembayaran fasa kedua sebelum ini, mulai Rabu (28 Ogos).
Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, pembayaran itu melibatkan peruntukan RM1.23 bilion dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH.
Perincian nilai BSH 2019 bagi fasa ketiga yang diterima oleh isi rumah yang diluluskan mengikut pendapatan bulanannya adalah RM400 (pendapatan bulanan isi rumah RM2,000 ke bawah); RM300 (pendapatan bulanan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000) dan RM100 bagi pendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000.
Sejumlah RM2.85 bilion telah disalurkan bagi bayaran fasa pertama (Januari 2019) dan kedua (Mei 2019) kepada isi rumah yang diluluskan, termasuk bayaran kadar tambahan RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksimum empat orang anak.
Menurut kenyataan itu, anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak orang kurang upaya (OKU) tanpa had umur.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.
BSH adalah program kerajaan demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka. - Bernama 

Polis percaya kes berhampiran Taman Kopodim, bukan culik tapi lari dari rumah


Suasana di Balai Polis Gita pada petang tadi ketika laporan kes culik dibuat.

KUCHING: Kes kanak-kanak perempuan dan ibu saudaranya yang dikatakan diculik dua individu tidak dikenali menggunakan sebuah van berwarna putih dalam satu kejadian di simpang Kopodim, Jalan FAC di Matang, hari ini sebenarnya lari dari rumah. 

Perkara itu disahkan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar dalam satu kenyataan sebentar tadi. 
"Kejadian culik yang dinyatakan dalam laporan polis tidak berlaku. Tidak ada van putih atau lelaki bertopeng. Cerita direka.
"Polis percaya bahawa laporan polis yang dibuat pengadu adalah palsu. Bukan kes penculikan. Kita ada sebab untuk mempercayai bahawa dua kanak-kanak itu telah melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan sebenar tadi. 
Terdahulu, pengadu yang merupakan ibu saudara kanak-kanak terbabit melaporkan anak saudaranya, 10, dan adik perempuannya, 17, dikatakan dilarikan dua individu bertopeng yang tidak dikenali menggunakan van putih. 
Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar pukul 3.15 petang.
Ekoran kejadian yang didakwa pengadu itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Gita.

Sumber: Utusan Borneo

Wednesday, August 14, 2019

7 Cara Mengatasi Bahaya Jerebu Kepada Kesihatan


Masalah jerebu adalah satu fenomena di mana persekitaran kita dipenuhi oleh habuk, debu halus, asap dan zarah-zarah kering yang terapung di dalam ruang udara. Keadaan ini menyebabkan keterbatasan penglihatan dari segi kualiti dan jarak penglihatan.
Bahaya-Jerebu
Bergantung kepada tahap pencemaran udara di satu-satu tempat, jerebu boleh menyebabkan gangguan terhadap pelbagai aktiviti fizikal dan juga mendatangkan ancaman terhadap kesihatan individu.
Apakah masalah kesihatan yang boleh terjejas akibat jerebu ini dan siapakah yang berpotensi mendapat risiko kesan yang lebih buruk? Juga ketahui apakah cara untuk mengatasi bahaya jerebu kepada kesihatan.

Fenomena Jerebu Di Malaysia

Fenomena jerebu kini datang lagi menyelubungi Malaysia. Situasi jerebu biasanya berlaku di antara bulan Mei sehingga Oktober. Kebakaran hutan dalam skala yang besar di negara jiran merupakan antara punca yang dikenalpasti penyebab kejadian jerebu ini berlaku.
Ditambah pula dengan faktor angin monsun barat daya yang membawa asap jerebu dengan begitu cepat melintasi sempadan laut Selat Melaka untuk membelenggu kawasan sekitar yang berhampiran dengan pesisir laut.
       Rekod Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang pernah dicatatkan tertinggi di Malaysia adalah pada tahun 1997, iaitu bacaan 839 di Kuching, Sarawak dan 746 di Muar, Johor. Hanya 6% sahaja kawasan mencatatkan kualiti udara yang baik di seluruh Malaysia pada ketika itu.
Namun situasinya berbeza bagi musim 2015 ini. Berikut adalah Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi beberapa negeri semenanjung setakat 12/9/2015:
Indeks-Jerebu
Sumber Rujukan : Portal Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
Walaupun keadaan jerebu masih terkawal sehingga hari ini, ditambah pula dengan musim hujan; namun kesannya tidaklah boleh diambil ringan. Jika langkah mengatasi tidak diambil tindakan sewajarnya, kesan negatif terhadap kesihatan pastinya boleh mengganggu.

Apakah Tanda-tanda Atau Gejala akibat Jerebu ?

Apabila terdedah kepada jerebu dalam jangka masa panjang, kita boleh mengalami beberapa tanda atau gejala gangguan kesihatan seperti:
  • Mengalami iritasi kulit sepeti kerengsaan atau kegatalan pada badan
  • Gangguan pada hidung seperti berair, kerap bersin dan selesema
  • Sakit tekak dan kerongkong serta batuk-batuk
  • Mata pedih dan berair
  • Sukar untuk bernafas atau sesak nafas
  • Sakit pada bahagian dada atau mengalami kelesuan
Gejala ini mungkin lebih membawa kesan buruk bagi mereka yang:
  • Menghidap penyakit masalah kulit seperti kulit sensitif, ekzema, alergi dan lain-lain
  • Menghidap masalah penyakit kronik yang berkaitan sistem pernafasan seperti asma, bronkitis, radang paru-paru dan paru-paru berair
  • Menghidap masalah sakit jantung dan sistem kardiovaskular
  • Ibu mengandung serta bayi dalam kandungan yang mungkin terjejas akibat agen pencemaran udara yang terserap di dalam tubuh
Justeru, anda digalakkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor dengan segera jika mengalami tanda-tanda atau gejala yang tersebut di atas.

7 Cara Mengatasi Bahaya Jerebu Kepada Kesihatan

Sebagai langkah pencegahan dan persediaan untuk menghadapi musim jerebu, kita digalakkn untuk:
  1. Sentiasa berada di kawasan tertutup atau dalam bangunan seperti dalam rumah atau pejabat
  2. Jika terdapat keperluan untuk keluar atau berada di tempat terbuka seperti bekerja atau aktiviti di luar bangunan dan juga menunggang motorsikal, pastikan memakai penutup hidung dan mulut (haze mask)
  3. Sentiasa tutup semua pintu dan tingkap bagi mengelak kemasukan asap jerebu ke dalam rumah kediaman atau ruang pejabat. Jangan ditambah pula dengan kehadiran asap rokok atau vape!
  4. Pasangkan penghawa dingin untuk membantu kitaran pengudaraan dalam kenderaan.
  5. Jika terdedah kepada jerebu, kerap basuh muka dan anggota badan yang terkena dengan air bersih
  6. Perbanyakkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi mengatasi dehidrasi, memudahkan proses perkumuhan dan detoksifikasi dalaman tubuh
  7. Bantu kekuatan antibodi dengan mengamalkan pemakanan kesihatan termasuk suplemen vitamin dan mineral yang diperlukan
Bahaya Jerebu Kepada Kesihatan

Canalys – Samsung Dan Oppo Jenama Terbesar Telefon Pintar Di Malaysia Pada Suku Kedua 2019

Menurut data IDC, tahun lalu Samsung, Apple dan Huawei ialah tiga jenama dengan pegangan pasaran telefon pintar di dunia. Huawei menunjukkan peningkatan paling mendadak berbanding dua pesaing terbesarnya. Tetapi bagaimana pula landskap pasaran telefon pintar di Malaysia? Menurut data terkini dari Canalys, Samsung, Oppo, Vivo, Huawei dan Xiaomi adalah lima pengeluar dengan pasaran terbesar di Malaysia ada suku kedua 2019.
Samsung di tangga teratas dengan pegangan 27% diikuti oleh Oppo (20%), Vivo (16%), Huawei (12%) dan Xiaomi (10%). Walaupun di tangga teratas, Samsung mencatatkan penyusutan pengeluaran 35% berbanding suku yang sama tahun lalu. Ini masih lebih rendah jika dibandingkan dengan Huawei yang mencatatkan penyusutan 36%. Xiaomi mencatatkan peningkatan jualan tertinggi sebanyak 28% diikuti oleh Oppo (23%).

Samsung Dikatakan Akan Menggunakan Bateri Grafena Pada Peranti Seawal 2020

Teknologi bateri tidak bergerak selari dengan kemajuan teknologi telefon pintar. Keperluan tenaga meningkat tetapi teknologi Li-ion sudah kelihatan agak usang dengan hayat bateri yang terhad dan tempoh pengecasan yang agak lama. Oleh itu pembangunan bateri grafena diperlukan kerana ia boleh meningkatkan kapasiti bateri dengan mengekalkan saiznya

Terkini menurut ciapan @evleaks, Samsung dikatakan akan melancarkan peranti pertama dengan bateri grafena pada tahun 2020 atau awal 2021. Kelebihan grafena ialah ia membolehkan peranti dicas sepenuhnya dalam masa hanya 30 minit. Galaxy Note 10+ yang menyokong pengecasan pantas 45W masih memerlukan 65 minit untuk dicas sepenuhnya. Sungguhpun begitu bateri grafena adalah lebih mahal berbanding bateri Li-ion kerana ia masih lagi teknologi yang tidak digunakan dengan meluas.
Samsung telah membangunkan bateri grafena sejak 2017. Saintis dari Samsung Advanced Institute of Technology (SAIT) yang merupakan sayap penyelidikan Samsung telah berjaya menghasilkan bateri yang mengecas lima kali lebih pantas dengan penggunaan bebola grafena, Dengan pengenalan grafena ke dalam bateri Li-ion, kepadatan kapasiti bateri juga meningkat sebanyak 26.7% berbanding bateri Li-ion biasa.

Tuesday, August 13, 2019

UiTM kenakan caj kolej kediaman pelajar diploma sejak 2014 - Naib Canselor


Universiti Teknologi Mara (UiTM) memaklumkan bahawa caj bayaran kolej kediaman yang dikenakan ke atas pelajar diploma institusi tersebut untuk semester September ini sebenarnya telah dilaksanakan sejak tahun 2014 lagi.
Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Dr Mohd Azraai Kassim berkata caj berkenaan dikenakan kepada pelajar diploma susulan perbincangan serta kajian terperinci oleh pihak universiti selepas bayaran kolej kediaman diperkenalkan ke atas pelajar ijazah sarjana muda sejak Dis 2005.
Beliau berkata pengenaan caj kolej kediaman itu adalah berikutan peruntukan kerajaan kepada UiTM telah dipotong hampir RM500 juta bermula tahun 2017.
“Namun begitu, pihak universiti sedia maklum terdapat segelintir pelajar UiTM yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.
“Oleh yang demikian, terdapat beberapa kelompok pelajar yang telah dikenal pasti dan akan diberikan pengecualian bayaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kadar bayaran bagi kolej kediaman yang dikenakan adalah sebanyak RM2, RM3 dan RM4 sehari bergantung kepada jenis bilik mengikut pilihan para pelajar.
Isu itu ibangkitkan oleh bekas perdana menteri Najib Razak, semalam yang mempersoalkan memo berkenaan kadar caj bilik bagi pelajar diploma universiti tersebut.
“Ada pelajar UiTM yang mengikuti Facebook hantar kepada saya? .Adakah memo ini benar?
“Seingat saya selama ini pelajar diploma bilik dapat free cuma bayar caj utiliti RM20 setiap semester,” kata Najib menerusi akaun Facebook miliknya semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Azraai berkata pengecualian bayaran itu akan tetap diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan bawah RM2,500 sebulan dengan tanggungan yang ramai.
Selain itu, elajar yang menjadi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP); pelajar yang menjadi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPK); pelajar badan beruniform; pelajar sukan yang mewakili negara dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan selain pelajar daripada kelab atau persatuan yang cemerlang serta mewakili negara dan memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa juga akan mendapat pengecualian.
Justeru katanya, keputusan mengenakan caj tersebut dibuat bagi menampung perbelanjaan penyelenggaraan selain penambah baikan kemudahan kolej serta fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang ada telah berusia lebih 60 tahun.
Selain itu kata beliau, pihak pengurusan universiti tersebut juga perlu sentiasa menaiktaraf kemudahan supaya seiring dengan keperluan para pelajar masa kini terutamanya di semua 35 kampus UiTM di seluruh negara.
Bagaimanapun katanya, UiTM giat menjalankan transformasi berterusan dan meningkatkan mutu penyampaian menyeluruh melalui inisiatif strategik bagi mencapai aspirasi untuk menjadi universiti premier bertaraf antarabangsa.
“Pihak pengurusan universiti amat menghargai keprihatinan orang ramai terutamanya daripada alumni UiTM serta menghargai dan mengalu-alukan segala bentuk sokongan, maklum balas selain cadangan untuk kebaikan bersama,” katanya.

Monday, August 12, 2019

Kualiti udara di Miri kekal pada tahap bahaya, IPU cecah 400

Kualiti udara di Miri kekal pada tahap bahaya, IPU cecah 400
Kualiti udara di Miri, Sarawak terus berada pada tahap berbahaya dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 300 setakat 7 pagi tadi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Miri, Sarawak terus berada pada tahap berbahaya dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 300 setakat 7 pagi tadi.

Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU 401 dan 316 masing-masing dicatatkan di stesen pemantauan udara di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2 dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri.
Semalam, cerapan kualiti udara di SK Kuala Baram 2 mula menerjah kategori berbahaya pada jam 10 pagi dengan bacaan IPU 302.

Manakala di ILP Miri, bacaan sangat tidak sihat antara 201-300 direkodkan dari jam 9 pagi hingga 5 petang sebelum memasuki kategori berbahaya pada jam 6 petang semalam dengan bacaan IPU 302.

Sri Aman, juga di Sarawak, mencatat bacaan kualliti udara tidak sihat iaitu masing-masing 135 setakat jam 7 pagi tadi manakala majoriti lokasi lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU sederhana.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), dan berbahaya jika melebihi 300.

Thursday, August 8, 2019

AADK CEKUP EMPAT PENAGIH DI SAMARAHAN

Operasi aduan awam Dan ops cegah di kawasan daerah kecil sadong jaya. Seramai 5 orang diperiksa Dan menjalani ujian saringan air kencing. 4 orang daripadanya positif dadah jenis meth ( syabu ). Ke empat empat orang yang disyaki disiasat di bawah seksyen 3 (1 )Akta Penagih Dadah ( rawatan dan pemulihan ) 1983.

Sumber FB: AADK Sarawak







Proton Saga 2019 1.3 Standard AT – RM36k

Ketika pelancarannya, Proton Saga 2019 hanya ditunjukkan dalam varian paling lengkap, Saga 1.3 Premium AT pada harga RM39,800. Tetapi, ada dua lagi varian yang tidak dipamer sekali; 1.3L Standard MT (RM32,800) dan terakhir, varian pertengahan 1.3L Standard AT (RM35,800), seperti yang anda lihat di dalam galeri ini.
Sebanyak lebih kurang RM4,000 perbezaan antara varian pertengahan dan yang paling tinggi. Apa perbezaan spesifikasi atau kelengkapan antara kedua-dua varian ini? Pertama, versi Standard AT ini tidak dilengkapi dengan lampu nyalaan siang LED.
Rim pula lebih kecil, beralih daripada saiz 15 inci kepada saiz 14 inci, walaupun masih menggunakan rekaan baru yang sama untuk 2019. Selain itu, perumah cermin sisi serta pemegang pada pintu pula datang dengan warna hitam, bukan dalam warna badan yang sama. Bagaimanapun, pada bahagian tiang B adalah sebaliknya; ia mengenakan warna badan yang sama, sedangkan pada varian Premium ia dibiar dalam warna hitam.
Di dalam, tiada skrin sentuh tujuh-inci untuk sistem infotainmen yang sama seperti pada varian Premium. Ia diganti dengan radio yang lebih ringkas, walaupun masih dalam keadaan “terapung”, juga dengan sambungan Bluetooth. Bahagian stereng pula tiada lagi ciri butang multi-fungsi, dan jumlah speaker pula hanya tinggal dua daripada empat buah pada Premium. Paparan instrument cluster pula masih jenis yang sama.
Dari segi keselamatan, tiada ciri kawalan kestabilan dan bantuan mula mendaki pada varian ini. Namun, ia lengkap dengan ciri ABS dan EBD, yang sebelum ini tiada pada model Standard. Dua beg udara dan cagak Isofix adalah ciri standard.
Tentang enjin, ia hanya ditawarkan dalam satu unit yang sama, 1.3 liter VVT empat-silinder petrol yang menghasilkan 95 PS pada 5,750 rpm dan 120 Nm pada 4,000 rpm. Transmisi Saga 2019 pula telah beralih kepada automatik 4AT dan bukan lagi CVT. Varian Standard MT menggunakan kotak gear lima-kelajuan Getrag yang sama seperti sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut tentang perbezaan spesifikasi antara varian bagi Proton Saga 2019 ini, layari CarBase.my.