Tuesday, June 25, 2019

Tebingan Batu Kawa bakal menjadi tarikan terbaharu di Sarawak


KUCHING, 25 Jun (Bernama) -- Selepas Tebingan Kuching (Kuching Waterfront), Tebingan Batu Kawa pula akan menjadi tarikan dan mercu tanda baharu buat Sarawak yang dijangka siap pada Mei 2020.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam ucapannya sebelum meletakkan batu asas pembinaan projek terbabit berkata Batu Kawa sinonim dengan pekan bersejarah dan pastinya kerajaan negeri tidak mahu ketinggalan untuk memajukan pekan berkenaan.
“Sudah tentu kita mahu menaik tarafkan pekan ini, dan mengikut perancangan, tebingan sungai ini bakal menjadi tempat perhentian dan persinggahan bagi pelancong yang menggunakan  perkhidmatan bot dari Tebingan Kuching.
“Seterusnya kita juga akan membina Tebingan Seniawan sekali gus menjadikan jaringan perhubungan perkhidmatan bot yang bermula di Tebingan Kuching dan berakhir di Tebingan Seniawan,” katanya.
Abang Johari berkata projek tebingan ini menelan belanja keseluruhan bernilai RM10 juta dan merupakan dana dari kerajaan negeri sebagai inisiatif untuk mencantikkan kawasan berkenaan.
-- BERNAMA




No comments:

Post a Comment