SELEPAS diumum bebas dari sekatan perdagangan Amerika Syarikat, Huawei mengumumkan berita baik kepada penggunannya apabila menawarkan diskaun mencecah 50 peratus.
Tidak lama selepas Presiden Donald Trump menarik balik sekatan ke atas Huawei, Huawei Malaysia telah mengumumkan jualan diskaun sehingga 50% kepada pembeli yang membuat pembelian secara atas talian menerusi laman rasmi Huawei Malaysia.
Tawaran diskaun ini akan bermula dari 1 Julai (iaitu esok) sehinggalah 8 Julai 2019.
Bagaimanapun, syarikat itu tidak memperincikan produk apakah yang terlibat dalam tawaran diskaun berkenaan.
Semalam telah dilaporkan bahawa pihak pentadbiran Trump secara rasminya telah menarik balik sekatan yang dikenakan oleh A.S ke atas Huawei selepas perjumpaan antara Presiden Trump dengan Presiden China, Xi Jinping sempena Sidang Kemuncak G20 yand dihoskan oleh Osaka, Jepun.
Bagaimanapun, ‘u-turn’ yang diambil oleh AS ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Google antara yang lantang bersuara tentang isu penarikan lesen Android kepada Huawei. Google mengatakan jika Huawei membina sistem operasi mereka sendiri, ia akan lebih mengancam dan membahayakan sekuriti negara.
Dengan berita ini, bermakna semua peranti Huawei dan Honor berlandaskan sistem operasi Android diteruskan penggunaan dan pembinaannya seperti biasa.
Jadi, ini adalah masa terbaik kepada para peminat produk-produk Huawei serta bagi pengguna yang sebelum ini ragu-ragu terhadap status syarikat tersebut membeli produk-produk Huawei pada harga diskaun dari laman rasmi mereka.
No comments:
Post a Comment