Saturday, June 29, 2019

SELEPAS BEBAS SEKATAN AS, HUAWEI MALAYSIA UMUM DISKAUN 50%

SELEPAS diumum bebas dari sekatan perdagangan Amerika Syarikat, Huawei mengumumkan berita baik kepada penggunannya apabila menawarkan diskaun mencecah 50 peratus.
Tidak lama selepas Presiden Donald Trump menarik balik sekatan ke atas Huawei, Huawei Malaysia telah mengumumkan jualan diskaun sehingga 50% kepada pembeli yang membuat pembelian secara atas talian menerusi laman rasmi Huawei Malaysia.
Tawaran diskaun ini akan bermula dari 1 Julai (iaitu esok) sehinggalah 8 Julai 2019.
Bagaimanapun, syarikat itu tidak memperincikan produk apakah yang terlibat dalam tawaran diskaun berkenaan.
Semalam telah dilaporkan bahawa pihak pentadbiran Trump secara rasminya telah menarik balik sekatan yang dikenakan oleh A.S ke atas Huawei  selepas perjumpaan antara Presiden Trump dengan Presiden China, Xi Jinping sempena Sidang Kemuncak G20 yand dihoskan oleh Osaka, Jepun.
Bagaimanapun, ‘u-turn’ yang diambil oleh AS ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Google antara yang lantang bersuara tentang isu penarikan lesen Android kepada Huawei. Google mengatakan jika Huawei membina sistem operasi mereka sendiri, ia akan lebih mengancam dan membahayakan sekuriti negara.
Dengan berita ini, bermakna semua peranti Huawei dan Honor berlandaskan sistem operasi Android diteruskan penggunaan dan pembinaannya seperti biasa.
Jadi, ini adalah masa terbaik kepada para peminat produk-produk Huawei serta bagi pengguna yang sebelum ini ragu-ragu terhadap status syarikat tersebut membeli produk-produk Huawei pada harga diskaun dari laman rasmi mereka.

Wednesday, June 26, 2019

Pasar Seni Jalan Haji Taha Mula Di Buka 26 Jun 2019

Pasar Seni Jalan Haji Taha pertama mula dibuka mulai 26 Jun 2019 terletak di berhampiran bandar Kuching bersebelahan dengan Majma Mall,pelbagai jualan seperti makanan,akesesori,pakaian dan lain-lain boleh didapati gerai jualan.
Dibuka pada setiap hari Rabu dan Sabtu dan masa 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam












Tuesday, June 25, 2019

Tebingan Batu Kawa bakal menjadi tarikan terbaharu di Sarawak


KUCHING, 25 Jun (Bernama) -- Selepas Tebingan Kuching (Kuching Waterfront), Tebingan Batu Kawa pula akan menjadi tarikan dan mercu tanda baharu buat Sarawak yang dijangka siap pada Mei 2020.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam ucapannya sebelum meletakkan batu asas pembinaan projek terbabit berkata Batu Kawa sinonim dengan pekan bersejarah dan pastinya kerajaan negeri tidak mahu ketinggalan untuk memajukan pekan berkenaan.
“Sudah tentu kita mahu menaik tarafkan pekan ini, dan mengikut perancangan, tebingan sungai ini bakal menjadi tempat perhentian dan persinggahan bagi pelancong yang menggunakan  perkhidmatan bot dari Tebingan Kuching.
“Seterusnya kita juga akan membina Tebingan Seniawan sekali gus menjadikan jaringan perhubungan perkhidmatan bot yang bermula di Tebingan Kuching dan berakhir di Tebingan Seniawan,” katanya.
Abang Johari berkata projek tebingan ini menelan belanja keseluruhan bernilai RM10 juta dan merupakan dana dari kerajaan negeri sebagai inisiatif untuk mencantikkan kawasan berkenaan.
-- BERNAMA




Friday, June 14, 2019

Laporan: Haziq ditahan di KLIA

Polis telah menahan Haziq Abdullah Abdul Aziz di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini, menurut laporan The Malaysian Insight.
Ia selepas pengakuan Haziq, yang merupakan ketua pemuda PKR Santubong, bahawa dia adalah individu dalam video seks yang tersebar.
Haziq juga mendakwa seorang lagi individu dalam video itu sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR.
[Berita lanjut menyusul]

Thursday, June 13, 2019

Uptown Civic Centre kembali beroperasi seperti biasa

Uptown Civic Centre kembali beroperasi selepas berehat seketika memberi laluan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan beroperasi seperti biasa pada setiap malam Jumaat dan Sabtu mulai jam 7.00 malam sehingga 1.00 pagi mulai 14 Jun 2019.

Wednesday, June 12, 2019

‘Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini...’ – Azmin


SAYA merujuk kepada laporan media hari ini berhubung fitnah dan tuduhan seorang individu yang cuba mengaitkan saya dalam satu video lucah.
Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini yang bersifat tuduhan jahat dan kejam.

Saya yakin siri fitnah ini adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian saya serta menjatuhkan saya dan memusnahkan karier politik saya.

Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.


Saya mengutuk sekeras-kerasnya gutter politics. Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu, di mana kita sedang berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni.

Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain.

Saya akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja jahat ini.

Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak dan kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif.

Saya yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat ini.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Menteri Hal Ehwal Ekonomi

12 Jun 2019



Monday, June 10, 2019

Tawaran perjalanan Malaysia Airlines bermula hari ini

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mencari tawaran perjalanan pada saat akhir kini boleh menikmati tambang rendah ‘Fly Now Deals’ Malaysia Airlines mulai sekarang hingga 21 Jun 2019.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan negara itu berkata menerusi tambang serendah RM339 pergi balik kelas ekonomi, orang ramai boleh merancang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Medan, Bali daripada RM689, Hong Kong RM719, Manila RM789, Chennai RM939, Beijing RM1,119, Seoul daripada RM1,209, Tokyo RM1,399, Sydney RM1,549, atau London daripada serendah RM2,899.
“Perjalanan sehala kelas ekonomi bagi laluan domestik juga ditawarkan daripada serendah RM69 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang atau Langkawi, daripada serendah RM99 ke Kuching dan daripada RM129 ke Kota Kinabalu,” katanya.
Selain Fly Now Deals, Malaysia Airlines juga menawarkan diskaun 15 peratus bagi tempat duduk standard dengan 10 kilogram tambahan bagasi, MHinsure, pilihan tempat duduk, bagasi tambahan selain akses ke Golden Lounge. - BERNAMA

Friday, June 7, 2019

Google rayu Trump benarkan bekerjasama dengan Huawei



SYARIKAT GERGASI teknologi Amerika Syarikat, Google, cuba memujuk pentadbiran Donald Trump untuk membenarkan syarikat itu untuk terus melakukan perniagaan bersama syarikat tekonologi China, Huawei, menurut laporan Financial Times.

Laporan itu yang memetik tiga sumber berkata, Google mendakwa pengharaman kerjasama dengan Huawei hanya akan menimbulkan risiko keselamatan negara itu.

Jabatan Perdagangan AS (DOC) bulan lepas menyenaraikan Huawei dalam senarai “Entity list”, bermakna semua syarikat yang ingin berurusan dengan Huawei perlu meminta izin kerajaan.

BACA: Lesen Android ditarik balik, Huawei sudah ada 'Pelan B'

Bagaimanapun DOC membenarkan tempoh pembekuan pengantungan tiga bulan sebelum pelaksanaan penuh dilakukan.

Menurut laporan itu, eksekutif Google masih berunding dengan DOC untuk menyambung tempoh pembekuan tersebut atau mengecualikan pengharaman sepenuhnya.


Google berkata risiko keselamatan akan bertambah tinggi sekiranya Huawei berjaya mewujudkan sistem operasi sendiri.

“Google berhujah bahawa jika hubungan dengan Huawei dihentikan, AS akan mewujudkan dua jenis sistem operasi Android: versi asli dan hibrid.

“Versi hibrid dijangka mempunyai lebih banyak 'bugs' (masalah) berbanding versi Asli Google dan ia mewujudkan risiko terhadap peranti Huawei digodam,” menurut sumber yang mempunyai pengetahuan tentang rundingan itu.

Tak tahu nak kata apa, Twitter wanita ini diserang gara-gara pertikai duit raya RM5!

Tak tahu nak kata apa, Twitter wanita ini diserang gara-gara pertikai duit raya RM5!
Menerusi tweet terbabit, wanita terbabit menyatakan pendapatnya tentang pemberian duit raya yang diberi oleh saudara maranya. - Foto Twitter
GARA-GARA mempertikaikan duit raya RM5 yang diterima oleh anaknya, akaun Twitter milik wanita ini diserang warganet.
 
Sehingga kini tweet berkenaan telah menerima hampir 100 komen dan ‘retweet’ hampir 700 kali.
 
Menerusi tweet terbabit, wanita terbabit menyatakan pendapatnya tentang pemberian duit raya yang diberi oleh saudara maranya.
 
Menurutnya, biarpun mempunyai kereta mewah dan bergaji besar, namun saudara maranya masih tetap memberi duit raya serendah RM5.
 
Rentetan daripada tweet berkenaan, akaun miliknya kemudian diserang dengan ratusan kecaman oleh warganet.

Foto Twitter
Foto Twitter
Kebanyakannya dilihat tidak berpuas hati dengan pandangan itu, malah menyifatkan wanita berkenaan tidak bersyukur dengan apa yang diterimanya.

Apa pula pendapat anda?
 

Shukri: Saya hanya setuju berkhidmat satu tahun

Bekas ketua pesuruhjaya SPRM Mohd Shukri Abdull buat pertama kali tampil memberi penjelasan berhubung keputusannya untuk menamatkan kontraknya lebih awal yang diumumkan pada Selasa lalu.
Sambil menjelaskan tindakan itu dibuat secara ikhlas, beliau kesal keputusannya itu menyaksikan begitu banyak komen dan ulasan yang memfitnah dirinya.
“Saya ambil keputusan untuk memendekan kontrak saya secara ikhlas tapi banyak komen-komen negatif di media sosial seperti Facebook yang memburuk-burukkan saya dan memfitnah tentang saya.
“Jadi saya kena tampil, berkaitan dengan pemendekan tempoh jawatan, saya bukan letak jawatan tetapi cuma memendekan perkhidmatan saya yang sepatutnya berakhir pada 13 Mei 2020.
"Saya telah beritahu (Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika berjumpa dengannya pada 14 Mei tahun lalu) bahawa saya hanya setuju untuk berkhidmat selama satu tahun,” katanya pada satu sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.
Mohd Shukri, 58, juga melahirkan rasa kesalnya kerana dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah yang mendakwa beliau diarah meninggalkan SPRM kerana menutup beberapa kes berprofail tinggi.
“Contohnya (ada yang) kata saya diminta letak jawatan, diminta meniggalkan SPRM sebab katanya cover up (tutup) kes Hishammuddin (Hussein) dan Shahrizat (Abd Jalil) dan (Ahmad) Zahid Hamidi.
“Sepanjang ingatan saya sepanjang tempoh saya sebagai ketua pesuruhjaya, tak ada fail pun dibuka ke atas Hishammuddin. Kes Sharizat atau NFC pula disiasat oleh polis, bukan SPRM.
“Kes Zahid pula telah dituduh,” katanya.
Mohd Shukri juga mengulas dakwaan ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya kerana melepaskan passport bekas peguam negara, Mohd Apandi Ali. Katanya tidak itu tidak ada kena mengena dengan dirinya mahupun SPRM.
“Itu (keputusan) imigrasen, Apandi buat permohonan di mahkamah,” katanya.
Bekas ketua pesuruhjaya SPRM itu juga pada sidang akhbar berkenaan menafikan beliau terpalit dengan gejala amalan rasuah oleh pemimpin Umno.
“Saya juga dituduh terima rasuah peminpin Umno.… I am telling you, langsung tak ada ... 32 tahun 1 sen pun tak makan.
“Tak pernah saya ambil 1 sen pun dari kerajaan... nak tuduh saya rasuah. Langsung tak berasas,” katanya.
Jabatan Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan Selasa lalu mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Mohd Shukri untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau yang sepatutnya tamat pada 17 Mei 2020.
Kata PMO keputusan itu dibuat selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.
Untuk rekod Mohd Shukri dilantik mengetuai agensi antirasuah itu sejurus selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya mengetepikan BN sebagai kerajaan persekutuan pada Mei tahun lalu.

Pelantikannya dibuat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 17 Mei 2018.
Mohd Shukri menggantikan Dzulkifli Ahmad yang menamatkan perkhidmatannya tidak lama sebelum itu untuk kembali bertugas di Jabatan Peguam Negara.
Mohd Shukri bukanlah asing kepada SPRM kerana sebelum ini beliau berkhidmat sebagai salah seorang pegawai paling kanan di agensi berkenaan.
Bagaimanapun beliau bersara pada pertengahan 2016 ketika skandal 1MDB membabitkan perdana menteri ketika itu, Najib Razak, semakin panas.
Sejurus selepas dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri menceritakan pengalamannya dituduh sebagai pembelot kepada negara sedangkan, katanya, mereka ketika itu sedang berjuang untuk mendapatkan semula "duit yang dicuri daripada rakyat Malaysia".

Huawei dilarang guna aplikasi Facebook


SAN FRANCISCO: Facebook Inc tidak lagi membenarkan pemasangan aplikasi media sosial itu di dalam telefon pintar Huawei, tamparan terbaru untuk syarikat teknologi gergasi China berkenaan.
Larangan itu dibuat ketika syarikat terbabit berusaha untuk mengekalkan perniagaannya di China ketika berdepan dengan sekatan pembelian alat ganti dan perisian Amerika Syarikat.
Menurut Facebook, pengguna sedia ada telefon Huawei masih boleh menggunakan aplikasi dan menerima kemas kini, tetapi pelanggan baharu tidak lagi dapat menggunakan aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram.
Kebanyakan penjual telefon pintar gemar menyertakan tawaran pemasangan aplikasi popular seperti Facebook, termasuk Twitter dan Booking.com di dalam telefon pintar Huawei.
Setakat ini semua syarikat terbabit enggan memberikan sebarang reaksi terhadap perkembangan terbaru itu.
Langkah Facebook sudah pasti menjejaskan prospek jualan telefon pintar Huawei Technologies Co Ltd, yang menjana pendapatan terbesar tahun lalu, disokong pertumbuhan kukuh di Eropah dan Asia.

Wednesday, June 5, 2019

Mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang pemerintahan PH-Tun Mahathir

Mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri mewakili isteri dan keluarganya, Dr Mahathir bersyukur perpaduan ditunjukkan rakyat berbilang kaum dalam negara jelas terbukti di rumah terbuka itu.
"Inilah negara kita, Malaysia, yang memberi banyak nikmat kepada semua kita. Saya bersama isteri dan keluarga mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua," katanya.
- Bernama

Tuesday, June 4, 2019

Latheefa Koya kini terajui SPRM, ganti Shukri Abdull



Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun 2019. - Twitter@LatheefaKoya
KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Latheefa yang menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah juga telah memperkenan permohonan Mohd Shukri untuk  memendekkan perkhidmatan kontrak beliau lebih awal sebelum tamat pada 17 Mei 2020.

"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mohd Shukri yang telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM," memetik kenyataan itu.

Saturday, June 1, 2019

Liverpool Juara Liga Juara-Juara Eropah!


Madrid,Liverpool melakar sejarah apabila menjuarai Liga Juara-Juara Eropah kali ke enam setelah menewaskan Tottenham Hotspurs 2-0 hasil jaringan Mohamad Salah dan Divock Origi.