PIALA Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sah milik Manchester City selepas menundukkan Brighton & Hove Albion 4-1 dalam perlawanan terakhir di Stadium AMEX, sebentar tadi.
Manchester City dinobat sebagai juara EPL selepas mengumpul 98 mata berbanding Liverpool yang mengumpul 97 mata.
Gol-gol City dijaringkan Sergio Agüero pada minit ke-28, Aymeric Laporte pada minit ke-38, Riyad Mahrez pada minit ke-63, dan İlkay Gündoğan pada minit ke-72.
Manakala gol tunggal Brighton pula dijaringkan oleh Glenn Murray pada minit ke-27.
No comments:
Post a Comment