KUCHING: Sri Aman mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 8 pagi tadi.
Menurut aplikasi MyIPU Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen Sri Aman mencatatkan bacaan tertinggi iaitu IPU
Bagaimanapun ia merupakan penurunan berbanding pukul 2 pagi tadi dimana Sri Aman mencatatkan bacaan IPU 315 iaitu tahap berbahaya.
Pada Selasa, Sri Aman mencatatkan IPU tertinggi sehingga mencecah hampir 400 bacaan IPU.
Sementara itu, sembilan kawasan di negeri ini mencatatkan bacaan indeks udara tidak sihat setakat 8 pagi.
Antaranya Kuching mencatatkan IPU 173, Sibu (166), Sarikei (157), Samarahan (154), Mukah (137), Miri (125), Bintulu serta ILP Miri masing-masing (120) dan Samalaju (102).
Manakala tiga kawasan menunjukan bacaan IPU sederhana iaitu SK Kuala Baram dengan IPU 90, Limbang (85) dan Kapit (76).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Dalam pada itu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi kenyataan berkata JAS mengesan sebanyak 17 titik panas di negeri ini, setakat 12 tengah malam, tadi.
Daripada jumlah itu, enam titik panas dikesan di Sri Aman, tiga dikesan di Lubok Antu manakala masing-masing dua titik panas dikesan di Belaga dan Marudi.
Sementara itu satu titik panas dikesan masing-masing di Bau, Kapit, Lundu dan Saratok.
Selain itu sebanyak 452 titik panas dikesan di Kalimantan dan 243 dikesan di Sumatera.