Saturday, March 21, 2020

Borneo Medical Centre gantung perkhidmatan

KUCHING: Borneo Medical Centre (BMC) menggantung perkhidmatan pesakit luar dan dalam  dengan serta-merta bagi membolehkannya untuk menjalankan pembersihan dan penyahkuman secara menyeluruh di hospital berkenaan .
“Penggantungan perkhidmatan ini perlu bagi memudahkan pembersihan menyeluruh kerana seorang pesakit Covid-19 yang didapati negatif Covid-19 telah dimasukkan ke wad kami,” jelasnya,
Pesakit berkenaan  mendapatkan rawatan di hospital itu meninggal dunia di rumahnya pada 18 Mac lalu.
“Semua staf dan doktor yang mempunyai kotak dengan pesakit tersebut telah dikuarantin,” katanya.

Kematian kesembilan, pertama babitkan doktor perubatan



Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.
Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sembilan (9) setakat ini.
Kes kematian kesembilan adalah merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM.
Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.
Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.
Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19.
Ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara. Seluruh warga KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah.
Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Thursday, March 12, 2020

Larry Sng Dilantik Pengerusi PKR Sarawak Yang Baharu



SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mengumumkan barisan kepimpinannya hari ini dengan menyaksikan Ketua Cabang Julau, Larry Sng Wei Shien dilantik sebagai Pengerusi PKR Sarawak.


Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataannya hari ini berkata, nama Pengerusi PKR dan pimpinan utama PKR Sarawak dipersetujui setelah selesai perbincangan dan rundingan di antara presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua-ketua cabang negeri Sarawak.



Menurutnya, Larry Sng akan bergandingan dengan Abang Zulkifli Abang Engkeh selaku timbalan.


“Jawatan Naib Pengerusi 1 disandang oleh ahli Parlimen yang juga Ketua Cabang Miri, Michael Teo Yu Keng; Naib Pengerusi II oleh Roland Engan (Ketua Cabang Baram) dan Naib Pengerusi III, Japar Suyut (Timbalan Ketua Cabang Lawas),” katanya.

Menurutnya, PKR Sarawak turut melantik Datuk Seri Hafsah Harun sebagai penasihat.

Beliau berkata, PKR juga melantik Naib Presiden (lantikan) iaitu Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Anak Muyang@Tambat dalam kalangan anggota bagi Negeri Sabah atau Sarawak selaras dengan Perlembagaan parti bagi mengisi kekosongan yang ada.

Dalam masa sama, Saifuddin menjelaskan, struktur Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak yang lengkap akan diumumkan oleh kepimpinan PKR Sarawak yang baharu.











Tuesday, March 3, 2020

Penurunan Kadar Caruman KWSP Pekerja

KUALA LUMPUR, 27 Febuari 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil maklum keputusan Kerajaan dalam mengurangkan kadar caruman minimum berkanun bagi pekerja, daripada 11 peratus kepada tujuh (7) peratus seperti yang diumumkan hari ini.

Kadar caruman berkanun baharu ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2020 sehingga akhir tahun ini, untuk ahli yang berumur 59 tahun dan ke bawah. Kadar caruman pekerja bagi ahli yang berumur 60 tahun dan ke atas tidak berubah.

Keputusan untuk mengurangkan kadar caruman berkanun KWSP adalah berikutan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Kerajaan bertujuan untuk mengurangkan kesan kegawatan ekonomi yang berpunca daripada penularan global COVID-19 sejak kebelakangan ini.

Majikan hendaklah memastikan amaun caruman yang betul ditolak daripada upah/gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baharu seperti dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991. 

Walau bagaimanapun, pekerja boleh memilih untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun KWSP 17A (Khas) yang boleh diperoleh melalui laman sesawang kwsp.gov.my. Notis ini perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada KWSP.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, ahli dan golongan majikan boleh rujuk laman sesawang KWSP di kwsp.gov.my, talian telefon Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau melawat mana-mana cawangan KWSP.

Dikeluarkan oleh Pejabat Media KWSP
Jabatan Hal Ehwal Korporat
27 Februari 2020


https://www.kwsp.gov.my/ms/-/reduction-of-employee-contribution-rate-1