Wednesday, October 28, 2020

Pasar Raya Kuching Sentral Selamat Untuk Di Kunjungi

 

Kuching,pihak pengurusan Kuching Sentral menafikan khabar angin yang tular di media sosial mengenai pesakit covid 19 yang positif di pusat pasar raya berkenaan,mereka juga memberikan jaminan bahawa pengunjung di pusat pasar raya berkenaan di jamin selamat dan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majilis Keselamatan Negara(MKN).

Sebagai langkah berjaga-berjaga pihak  pengurusan Kuching Sentral tidak mengabaikan kebersihan yang terjamin apabila membuat sanitasi di pusat pasar raya tersebut baru-baru ini.




Sunday, May 3, 2020

Pembayaran pengeluaran i-Lestari bermula esok – KWSP

KUALA LUMPUR: Pembayaran pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) akan mula dikreditkan ke akaun ahli bermula esok hingga 18 Mei ini.
Ahli KWSP yang permohonan pengeluarannya diluluskan akan dimaklumkan mengenai pengkreditan itu menerusi laman sesawang i-Lestari sejurus bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.
Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata proses pengkreditan ke dalam akaun bank ahli mungkin mengambil masa satu hingga tiga hari daripada tarikh KWSP membuat pindahan.
"Tarikh sebenar wang tersedia dalam akaun bank untuk membolehkan ahli membuat pengeluaran adalah tertakluk kepada proses pelepasan bayaran bank masing-masing.
"Ahli perlu memastikan akaun bank mereka masih aktif dan tidak dibekukan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sejak i-Lestari dilancarkan pada awal April lalu, KWSP sudah meluluskan lebih 3.51 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion.
"KWSP mengadakan perbincangan mendalam dengan bank-bank rakan kongsi sepanjang bulan lalu bagi memastikan sistem dan infrastruktur mereka bersedia untuk menerima dan memproses sejumlah besar deposit pada satu-satu masa.
"Kami kemudian bersetuju bahawa kaedah terbaik dan paling selamat adalah melalui pindahan dana harian secara berperingkat daripada KWSP ke institusi kewangan.
"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar, dijangkakan keseluruhan proses ini akan diselesaikan dalam masa dua minggu atau lebih awal," katanya.
KWSP memahami keperluan mendesak ahli untuk menggunakan wang bagi melalui waktu mencabar ini walaupun khuatir Pengeluaran i-Lestari akan mengurangkan simpanan persaraan mereka.
"Kami berharap ahli sudah berfikir secara mendalam sebelum memutuskan jumlah yang akan dikeluarkan dari Akaun 2 mereka.
"Ini kerana mereka perlu mengimbangi keperluan tunai semasa dengan keperluan untuk memiliki kewangan yang utuh pada masa depan," katanya.

Saturday, March 21, 2020

Borneo Medical Centre gantung perkhidmatan

KUCHING: Borneo Medical Centre (BMC) menggantung perkhidmatan pesakit luar dan dalam  dengan serta-merta bagi membolehkannya untuk menjalankan pembersihan dan penyahkuman secara menyeluruh di hospital berkenaan .
“Penggantungan perkhidmatan ini perlu bagi memudahkan pembersihan menyeluruh kerana seorang pesakit Covid-19 yang didapati negatif Covid-19 telah dimasukkan ke wad kami,” jelasnya,
Pesakit berkenaan  mendapatkan rawatan di hospital itu meninggal dunia di rumahnya pada 18 Mac lalu.
“Semua staf dan doktor yang mempunyai kotak dengan pesakit tersebut telah dikuarantin,” katanya.

Kematian kesembilan, pertama babitkan doktor perubatan



Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.
Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sembilan (9) setakat ini.
Kes kematian kesembilan adalah merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM.
Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.
Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.
Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19.
Ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara. Seluruh warga KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah.
Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Thursday, March 12, 2020

Larry Sng Dilantik Pengerusi PKR Sarawak Yang Baharu



SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mengumumkan barisan kepimpinannya hari ini dengan menyaksikan Ketua Cabang Julau, Larry Sng Wei Shien dilantik sebagai Pengerusi PKR Sarawak.


Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataannya hari ini berkata, nama Pengerusi PKR dan pimpinan utama PKR Sarawak dipersetujui setelah selesai perbincangan dan rundingan di antara presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ketua-ketua cabang negeri Sarawak.



Menurutnya, Larry Sng akan bergandingan dengan Abang Zulkifli Abang Engkeh selaku timbalan.


“Jawatan Naib Pengerusi 1 disandang oleh ahli Parlimen yang juga Ketua Cabang Miri, Michael Teo Yu Keng; Naib Pengerusi II oleh Roland Engan (Ketua Cabang Baram) dan Naib Pengerusi III, Japar Suyut (Timbalan Ketua Cabang Lawas),” katanya.

Menurutnya, PKR Sarawak turut melantik Datuk Seri Hafsah Harun sebagai penasihat.

Beliau berkata, PKR juga melantik Naib Presiden (lantikan) iaitu Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Anak Muyang@Tambat dalam kalangan anggota bagi Negeri Sabah atau Sarawak selaras dengan Perlembagaan parti bagi mengisi kekosongan yang ada.

Dalam masa sama, Saifuddin menjelaskan, struktur Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak yang lengkap akan diumumkan oleh kepimpinan PKR Sarawak yang baharu.











Tuesday, March 3, 2020

Penurunan Kadar Caruman KWSP Pekerja

KUALA LUMPUR, 27 Febuari 2020: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil maklum keputusan Kerajaan dalam mengurangkan kadar caruman minimum berkanun bagi pekerja, daripada 11 peratus kepada tujuh (7) peratus seperti yang diumumkan hari ini.

Kadar caruman berkanun baharu ini akan berkuatkuasa mulai 1 April 2020 sehingga akhir tahun ini, untuk ahli yang berumur 59 tahun dan ke bawah. Kadar caruman pekerja bagi ahli yang berumur 60 tahun dan ke atas tidak berubah.

Keputusan untuk mengurangkan kadar caruman berkanun KWSP adalah berikutan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Kerajaan bertujuan untuk mengurangkan kesan kegawatan ekonomi yang berpunca daripada penularan global COVID-19 sejak kebelakangan ini.

Majikan hendaklah memastikan amaun caruman yang betul ditolak daripada upah/gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baharu seperti dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991. 

Walau bagaimanapun, pekerja boleh memilih untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun KWSP 17A (Khas) yang boleh diperoleh melalui laman sesawang kwsp.gov.my. Notis ini perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada KWSP.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, ahli dan golongan majikan boleh rujuk laman sesawang KWSP di kwsp.gov.my, talian telefon Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau melawat mana-mana cawangan KWSP.

Dikeluarkan oleh Pejabat Media KWSP
Jabatan Hal Ehwal Korporat
27 Februari 2020


https://www.kwsp.gov.my/ms/-/reduction-of-employee-contribution-rate-1

Tuesday, February 4, 2020

Tiada Lagi Tuntuan Dalam Perjalanan Negeri(TNT) Adalah Berita Palsu-YB Willie Mongin

Merujuk kepada status facebook dimuat naik oleh ahli parlimen Puncak Borneo YB Willie Mongin pada 4 Februari 2020 berkenaan dengan artikel 'Tiada Lagi Tuntutan Dalam Perjalanan Negeri (TNT) yang dimuat naik di laman web 'suara Kita Hebat' adalah berita palsu dan tidak benar.

Oleh itu,beliau sendiri terus menghubungi Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng untuk mengesahkan perkara tersebut,ternyata ia adalah berita palsu setelah mendapat maklum balas menteri kewangan.


Tuesday, January 14, 2020

Anda Boleh Tebus RM30 Percuma Ke Dompet Digital Anda Bermula Hari Ini

Kerajaan sebelum ini telah pun mengumumkan bakal menawarkan kredit sebanyak RM30 kepada rakyat Malaysia, dalam usaha untuk mengalakkan pengguna melakukan transaksi nirtunai. Selari dengannya, bermula hari ini, rakyat Malaysia boleh menebus kredit sebanyak RM30 berkenaan melalui dompet digital GrabPayTouch n Go eWallet dan juga Boost.
TNG eTunai
Untuk melayakkan anda menerima RM30 ini, pengguna mestilah berusia 18 tahun dan ke atas pada 31 Disember 2019, rakyat Malaysia, dan menjana pendapatan kurang RM100,000 setahun.
Untuk menebusnya, anda boleh ke mana-mana dompet digital terlibat – iaitu Boost, GrabPay atau Touch n Go eWallet, dan klik pada butang tebusan yang terdapat padanya. Pengguna perlu mengesahkan identiti mereka terlebih dahulu dengan memuat-naik kad pengenalan mereka ke dompet digital berkenaan.
Boost eTunai
Setiap pengguna hanya boleh melakukan tebusan di satu dompet digital sahaja, dan ia akan mengambil masa seketika sebelum anda melihat kredit berkenaan di dompet digital anda. Kredit RM30 yang diterima perlulah digunakan sebelum 14 Mac 2020 kelak.
Kredit to: Amanz

Thursday, January 9, 2020

Iklan Jawatan Kosong Pos Malaysia Negeri Sarawak

Pos malaysia Berhad(Sarawak) menawarkan jawatan kosong terkini anda boleh lihat senarai-senarai jawatan yang ditawarkan di pautan yang kami telah sediakan dibawah.




Borang Permohonan  boleh didapati ruang dibawah:



Tarikh tutup permohonan:  17 Januari 2020